Petra dibaham harimau akar
Petra dibaham harimau akar
SUNGAI SIPUT: Seorang wanita tergamam mendapati kucing peliharaannya yang hilang selama dua hari di rumah ibu bapanya di Kampung Tersusun Salak di Salak Baru di sini, sebenarnya sudah dibaham harimau akar.
Perkara itu terbongkar selepas Nurul Balqis Musa, 30 memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah keluarganya itu Isnin lalu.
Katanya, sebelum kejadian itu, dia sememangnya ada dimaklumkan jiran mengenai kehilangan serentak tiga kucing peliharaan, namun ketika itu sekadar menyangka kehilangan kucing sebegitu perkara biasa.
Bagaimanapun kehilangan kucing betina diberi nama Petra itu disifatkannya agak pelik memandangkan ia jinak dan sangat jarang merayau jauh, selain terdapat kesan najis kucing bertebaran di perkarangan rumah pada hari ia dipercayai hilang.
“Saya menetap di Ipoh namun Petra saya tinggalkan di rumah ibu memandangkan saya sering bekerja di luar kawasan dan pulang ke kampung setiap hujung minggu. Dua hari selepas Petra hilang, saya baru terdetik untuk memeriksa CCTV.
“Saya terkejut melihat rakaman itu yang memaparkan Petra dibaham harimau akar dianggar bersaiz kambing dewasa kira-kira jam 3 pagi. Petra memang kucing kesayangan saya biarpun ia sudah seakan menjadi ‘kucing kampung’ memandangkan ibu dan ayah turut membela lapan kucing di rumah itu,” katanya.
Nurul Balqis berkata susulan kejadian itu penduduk kini dibelenggu kerisauan dan dia sendiri sudah melaporkannya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan susulan.
Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dengan kakitangannya sudah diarahkan ke lokasi bagi menyiasatnya.
“Kita akan pasang perangkap selain menasihatkan pengadu supaya mengurung semua binatang ternakan atau peliharaan lain jika ada,” katanya. BH
Petra dibaham harimau akar
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal
You must be logged in to post a comment.