Mahkamah Ditangguhkan, Zahid Kontak Rapat Positif Covid-19

 

“Pada 19 Feb, Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat Umno di Janda Baik, Pahang. Selepas meeting (mesyuarat) Datuk Johan (Abd Aziz) didapati positif Covid-19.

“Dia diuji pada Sabtu dan keputusan keluar pada Ahad dan didapati positif.



“Anak guam saya menjadi kontak rapat dan kini dalam kuarantin. Maka, saya minta mahkamah tangguhkan perbicaraan ini ke tarikh baru,” kata Hamidi.

Johan merupakan bekas Adun Semenyih dan menyertai MT Umno melalui kapasiti ahli yang dilantik.

Menjawab soalah Sequerah, Hamidi memberitahu anak guamnya sedang memakai gelang oren dan dikehendaki menjalani kuarantik selama 10 hari.

Selepas perbicaraan tertangguh lagi – buat kali ketiga – hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah mengarahkan peguam bela agar menasihatkan  Ahmad Zahid Hamidi, tidak menghadiri sebarang mesyuarat seminggu sebelum perbicaraan berlangsung.



Teguran itu dibuat Sequerah ketika hakim terbabit bersedia untuk mendengar perbicaraan membabitkan presiden Umno itu pagi ini.

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO positif COVID-19

Ahli parlimen Bagan Datuk itu tidak dapat menghadiri perbicaraan hari ini selepas menjadi kontak rapat kepada salah seorang anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang disahkan positif Covid-19.



Mereka pada Jumaat lalu menghadiri mesyuarat di Janda Baik, Pahang.

“Boleh saya minta anak guam kamu tidak menghadiri sebarang mesyuarat seminggu sebelum kes? Jika tidak, kes ini tidak dapat dihabiskan dan akan berterusan.

“Sebelum ini saya tangguhkan kes ini atas alasan yang sama. Dan masalah ini berterusan. Kita tidak boleh membuang masa lagi.

“Saya harap kamu nasihat dia supaya tidak menghadiri mesyuarat seminggu sebelum kes di mahkamah sebab perbicaraan pun penting. Perbicaraan perlu menjadi keutamaan berbanding perkara lain,” kata Sequerah.



Terdahulu, peguam pembela Ahmad Zahid, Hamidi Mohd Noh meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan hari ini kerana ahli politik terbabit menjadi kontak rapat kepada salah seorang ahli mesyuarat MT Umno.

Sebelum menangguhkan perbicaraan hari ini Sequerah turut meminta pihak pembelaan menyerahkan laporan keputusan ujian Covid-19 Johan di mahkamah sebagai bukti dia memang positif.

 

Hakim cadang bicara di pasar borong, Shafee kata mahu tarik diri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker