Vaksin bukan penyelesaian mutlak, masyarakat perlu teruskan norma baharu – Pakar

Biarpun vaksin COVID-19 sudah ada di negara ini, penerangan secara konsisten perlu dijalankan bagi memastikan masyarakat benar-benar faham tentang kepentingan dan kesan vaksin berkenaan, tegas Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin.

Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata, ini kerana wujud kekhuatiran bahawa masyarakat mungkin melihat vaksin sebagai jawapan akhir bagi menangani masalah pandemik tersebut di negara ini.

Tegasnya lagi, masyarakat harus faham bahawa vaksin hanya untuk meningkatkan imuniti badan, bukan ubat kepada virus berkenaan.

“Kita masih dalam jumlah kes harian melebihi dua ribu sehari, masih lagi amat tinggi. Paling merisaukan saya ialah tahap kesedaran masyarakat. Apabila melihat penerimaan vaksin, ada masyarakat fikir ini adalah penyelesaian bagi segala-galanya.

“Vaksin bukan ubat. Ini mesej perlu masyarakat faham… kerana selepas suntikan vaksin, masyarakat tetap perlu mengamalkan norma baharu – penjarakan, hand sanitizer, elak tempat mempunyai ramai orang berisiko dan sebagainya,” katanya lagi.

Vaksin COVID-19 | Pesawat MH604 yang membawa kumpulan pertama vaksin COVID-19 tiba di KLIA

Mengulas lanjut, Shamsul Bahari berkata, kerajaan disaran untuk mengguna khidmat institusi pengajian awam di seluruh negara, serta badan-badan bukan kerajaan untuk memberi kefahaman lebih menyeluruh kepada masyarakat mengenai kepentingan vaksin COVID-19.

Jelasnya lagi, langkah itu penting berikutan kekangan yang dihadapi kerajaan, terutamanya dalam usaha membendung fenomena yang digelar ‘false message’, atau perkongsian maklumat kurang tepat mengenai virus tersebut

“jadi tidak timbul nanti alasan salah faham terhadap apa yang kita panggil ‘false message’ berlaku dalam kalangan masyarakat. Ini yang kita takut akan membantutkan proses kita merendahkan risiko jangkitan covid-19 di Malaysia.

“(Sebagai contoh, saya tinggal di Sabah, jadi saya percaya ramai rakyat di Sabah, Sarawak, dan tidak terkecuali di Semenanjung, banyak berada di kawasan sangat terpinggir.

“Bagaimana kita nak bagi mereka ini pengetahuan, dan sampaikan vaksin ini kepada mereka. Supaya mereka juga dapat hak yang sama seperti masyarakat lain,” katanya lagi.

Bercakap mengenai pengurusan risiko dan perancangan di masa hadapan, Shamsul Bahari berkata, Majlis Keselamatan Negara dan Kerajaan perlu menggunakan platform awam seperti MySejahtera untuk mengenalpasti dan mengukur maklumbalas masyarakat selepas ‘rollout’ vaksin di seluruh negara.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan juga perlu menyediakan maklumat menyeluruh tentang golongan yang dianggap berisiko untuk mengambil vaksin, seperti mereka yang ada alahan teruk terhadap ubatan, atau mempunyai penyakit berjangkit.

Vaksin Covid-19 percuma, pendaftaran kini dibuka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker