Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibenar keluar IJN

 

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan pulang hari ini selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan petugas di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya serta IJN atas kecekapan dan profesionalisme tinggi, selain semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

“Sepanjang tempoh rawatan, saya turut mengikuti perkembangan berita dalam dan luar negara, khususnya berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Dasar Perpaduan Negara yang dilancarkan Perdana Menteri, selain pelbagai langkah diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19 serta pemulihan semula ekonomi negara.

Kerajaan PN bersungguh bina perpaduan nasional

“Semoga semuanya dapat dijayakan dengan dukungan bersama,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya.

Ahli Parlimen Marang itu dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilapor mengalami sesak nafas sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut pada Isnin. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker