‘Ibu Ekspres’ 11 Anak..Menakjubkan
Moscow: Seorang wanita di Rusia menjadi ‘ibu ekspres’ selepas memiliki 11 anak pada usia 23 tahun.
Christina Ozturk, 23, hanya sekali saja melahirkan anaknya ketika berusia 17 tahun.
Bayi itu diberi nama Mika dan kini berusia enam tahun.
Wanita kemudian berkahwin dengan jutawan, Galip Ozturk, 56, sebelum mereka berhasrat untuk memiliki anak seramai mungkin bagi mencapai impian membina sebuah keluarga besar.
Bagi merealisasikan impian itu, pasangan terbabit menggunakan khidmat ibu tumpang bagi mendapatkan bayi.
Mereka kemudian mendapat 10 lagi bayi dalam tempoh 10 bulan dengan menggunakan kaedah berkenaan.
Bayi pertamanya yang dilahirkan dengan ibu tumpang adalah Mustafa, yang dilahirkan pada Mac tahun lalu.
Sementara itu, paling terbaharu, mereka menyambut kehadiran bayi bernama Olivia yang dilahirkan menerusi kaedah sama pada bulan lalu.
Apa yang mengejutkan, pasangan itu belum mempunyai perancangan untuk berhenti memiliki anak.
“Saya melahirkan anak perempuan, Vika enam tahun lalu namun bagi anak yang lain mereka adalah genetik kami namun dikandungkan oleh ibu tumpang.
“Setakat ini, kami memiliki 10 anak dengan yang terbaharu adalah Olivia yang dilahirkan ibu tumpang bulan lalu,” katanya seperti dilaporkan Odditycentral.com.
Sebelum ini, pasangan berkenaan bercadang untuk mendapatkan anak setiap tahun, namun menyedari tidak mempunyai keupayaan berbuat demikian.
Mereka kemudian pergi ke sebuah klinik yang menawarkan perkhidmatan ibu tumpang dengan bayaran AS$10,000 (kira-kira RM40,000) untuk satu kelahiran.
Rusia membenarkan pasangan berkahwin menggunakan khidmat ibu tumpang sejak 1997.
Sumber: Instagram batumi_mama
Beruntungnya….Lelaki Ini Derma Sperma Pada Wanita Australia, Kini Miliki 23 Anak
You must be logged in to post a comment.