GENAP 4 TAHUN IBU AZWAN ALI PERGI: “MAK, DOAKAN WAN YA… AL-FATIHAH”
Menerusi muat naik di laman Instagram, personaliti televisyen iaitu Azwan Ali yang lebih sinonim dengan panggilan Diva AA ada berkongsi sekeping foto sebagai mengenang pemergian ibu tercinta, Hajah Che Tom Yahaya.
Hari ini 18 Februari, genap empat tahun pemergian Allahyarhamah yang dikenali sebagai Mak Tom. Lalu, Azwan ada menitipkan doa buat arwah ibu tersayang.
“18 FEBRUARY 2017 SABTU ENGKAU DIJEMPUT PULANG! HARI INI GENAP 4 TAHUN MAK. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA MOGA ROH ARWAH MAK TOM TENANG DI SANA. MAK, DOAKAN WAN YA… AL-FATIHAH,” tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Melihat pada ruangan komen, rata-rata peminat turut menitipkan doa buat arwah ibu hos program Lagu Cinta Kita musim kedua ini.
Untuk rekod, ibu Azwan yang turut dikenali di kalangan selebriti tempatan itu meninggal dunia pada usia 82 tahun dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Damansara, 18 Februari 2017.
https://mykmu.net/2017/11/27/azmin-ali-dan-pembangkang-ingkar-titah-tuanku-sultan-johor/