TMJ Tempelak ‘Founder’ Aksi Founder Cium Mulut Adik Angkat Lelaki
Meskipun dijaga sejak kecil, namun tindakan tersebut telah mencetuskan kritikan daripada orang ramai apatah lagi dilakukan beberapa kali dan dimuatnaik di media sosial. Terbaru, video tersebut turut mendapat respon daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Duli Yang Amat Mulia,Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di laman Insta-story baginda.
Titip Pesanan
Menurut TMJ, perilaku seumpama itu tidak seharusnya berlaku apatah lagi terjadi kepada sesama jantina.Titah Baginda, ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka mengenai tindakan yang betul dan salah. Dalam masa yang sama, TMJ turut berpesan agar ibubapa lebih berhati-hati terhadap orang luar dan saudara sendiri yang mungkin akan mengambil kesempatan terhadap anak-anak mereka.
“Ini Adalah Salah, Cukup Cukuplah,Sakit Mental(Sicko)!”
“Kepada Semua Ibu Bapa Di Luar Sana Tolong Ajar Anak Anda Mengenai Salah Laku Seksual Terhadap Kanak-Kanak. Ajar Anak Perempuan Anda, Dan Pada Masa Yang Sama Terhadap Anak Lelaki Anda Yang Mungkin Terlepas Pandang Mengenai Isu Ini. Ajar Mereka Mana Yang Salah Dan Betul. Jangan Biarkan Orang Luar Atau Saudara Sendiri Mengambil Kesempatan Terhadap Mereka”
Sebagai info, selepas tularnya isu tersebut di media sosial akaun lelaki tersebut yang didaftar sebagai @papa_idola_semalaya telah dipadam oleh pihak TikTok kerana menyalahi undang-undang yang ditetapkan.
https://twitter.com/i/status/1361168925208154114
“Sexual grooming bukan satu perkara yang remeh”
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga telah mengeluarkan kenyataan di Twitter apabila menegaskan perilaku sexual grooming terhadap kanak-kanak bukanlah sesuatu perkara yang remeh.Ia merupakan sesuatu yang berat lebih-lebih lagi jika dilakukan secara terang-terangan di media sosial.
Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Mufti akan menyiasat perkara ini dan akan memberikan penjelasan lanjut berhubung gejala tidak sihat yang dilakukan dalam masyarakat.
Semalam, pendakwah dan beberapa akaun pengguna media sosial telah membongkar perilaku seorang founder yang sering memuat naik video mencium adik angkatnya di bahagian mulut di aplikasi Tiktok.
Walaupun dia menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah cara mereka sekeluarga meluahkan rasa kasih sayang, namun ia dilihat seolah-olah gangguan seksual buat kanak-kanak dan remaja terbabit kerana menyentuh bahagian tubuh yang agak peribadi
Selepas isu tersebut tular, akaun TikTok lelaki yang menggunakan nama @papa_idola_semalaya itu sudah dinyahaktif olehnya sendiri.
Individu itu sempat menjelaskan bahawa remaja lelaki tersebut adalah anak angkat yang dijaga keluarganya sejak kecil.
Perbuatan bercium pula disifatkan olehnya sebagai cara keluarga meluahkan rasa kasih sayang-OhMyMedia, Murai.my
Sumber: hrhcrownprinceofjohor, pejabatmuftiwp, Akhifairuz
[VIDEO] Panas!!! Tayang Aksi Bercium Mulut Dengan Adik Angkat Lelaki, Founder Dikecam Ramai Netizen
You must be logged in to post a comment.