Kisah Benar: Peguam Sebak Cerita Anggota Polis Difitnah Rogol, Dijatuhi Hukuman & Meninggal Di Penjara
Saban hari, kes melibatkan jenayah rogol semakin meningkat, tidak kira dalam apa juga sekalipun keadaan. Kes jenayah rogol ini juga kemungkinan boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuklah pihak berkuasa atau orang awam.
Di Facebook, seorang peguam yang dikenali sebagai, Ujen Suzana Norlihan berkongsi kes mahkamah anggota polis difitnah merogol wanita warga asing sehingga tertuduh disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan.
Sepasang kekasih berzina
Gambar hiasan
Peguan Ujen Suzana Norlihan menceritakan pengalamannya mengendalikan kes seorang pelanggan yang merupakan anggota polis bagi membela kes rayuan atas tuduhan rogol. Anggota polis tersebut sebelum ini kalah dalam perbicaraan terdahulu yang dikendalikan oleh peguam lain.
Saya pernah ada seorang anakguam yang merupakan seorang anggota polis. Beliau lantik saya sebagai peguambela untuk kes rayuan beliau kerana beliau telah dituduh bagi kes rogol dan telah kalah kes tersebut. Perbicaraan kes dikendalikan oleh peguam lain.
Semasa anakguam saya sedang buat tugas rondaan bersama seorang rakan polis, beliau telah nampak satu kereta Alza parking di tepi jalan di sebuah kawasan perumahan. Apabila diperiksa, didapati terdapat sepasang kekasih yang sedang berzina. Beliau kemudian tahan mereka selepas meminta mereka pakai semula baju. Kejadian pada waktu itu adalah dalam pukul 3.00 pagi.
Anakguam saya kemudian membawa pasangan kekasih tersebut ke balai polis menggunakan kereta ronda polis manakala rakan beliau memandu kereta alza. Semasa di dalam perjalanan ke balai polis, pasangan kekasih tersebut merayu-rayu kepada anakguam saya agar tidak melaporkan hal tersebut kerana bimbang akan dibuang dari universiti, tempat mereka sedang menuntut.
Teman lelaki memukulnya
Gambar hiasan
Anggota polis bersama rakan setugasnya telah menahan sepasang kekasih yang dilihat berzina di dalam sebuah kenderaan. Mereka membawa pasangan itu ke balai polis. Namun, selepas dirayu berkali-kali oleh pasangan ini, anggota polis berkenaan membuat keputusan untuk melepaskan mereka selain menasihati agar tidak berulang kali kejadian itu.
Sampai di parking kereta di balai polis, pasangan kekasih tersebut masih merayu-rayu. Kasihan kepada mereka dan memikirkan masa depan mereka, akhirnya anakguam saya memberi amaran kepada mereka dan menyuruh mereka bertaubat.
Wanita yang ditahan tersebut kemudian meminta nombor telefon anakguam saya atas alasan ingin belanja beliau makan pada hari lain kerana ingin berterima kasih atas ihsan memberikan amaran sahaja di atas perbuatan maksiat mereka.
Keesokkan harinya, wanita tersebut menghubungi anakguam saya dan menyatakan memerlukan bantuannya kerana teman lelaki beliau memukul beliau. Wanita tersebut meminta anakguam saya pergi ke kediaman beliau. Anakguam saya kemudian pergi berjumpa wanita tersebut. Apabila sampai di lokasi, wanita tersebut telah berada di hadapan guard house apartmentnya.
Wanita tersebut menangis. Jadi anakguam saya menasihati beliau agar pergi membuat laporan polis. Wanita tersebut bersetuju. Mereka pergi ke balai polis menaiki kereta anakguan saya.
Didakwa rogol wanita itu dalam tandas polis
Gambar hiasan
Pada awalnya, wanita tersebut datang ke balai polis untuk membuat laporan berhubung teman lelakinya. Sejurus tiba di balai polis, dia meminta izin untuk ke tandas dan selepas keluar dari tandas, dia berniat untuk membatalkan laporan tersebut.
Sampai di balai, wanita tersebut terus pergi ke tandas balai polis kerana katanya ingin buang air kecil. Setelah beberapa minit kemudian, wanita tersebut keluar dari tandas. Wanita tersebut kemudian menyatakan mahu membatalkan niatnya untuk melaporkan perbuatan teman lelakinya. Setelah puas dipujuk oleh anakguam saya agar wanita tersebut buat laporan polis, wanita tersebut tetap enggan berbuat demikian. Akhirnya, anakguam saya terpaksa akur dan terpaksa menghantar wanita tersebut balik ke rumah.
Keesokkan harinya, tiba-tiba anakguam saya mendapat tahu bahawa wanita tersebut telah membuat laporan polis menyatakan anakguam saya telah merogol wanita tersebut di tandas balai polis.
Anakguam saya kemudian dituduh bagi kesalahan merogol wanita tersebut. Setelah perbicaraan yang panjang, anakguam saya telah kalah kes.
Semasa saya mengendalikan rayuan beliau, saya berasa sangat sedih kerana peguam asal tidak pernah mengemukakan laporan perubatan anakguam saya yang mengesahkan bahawa beliau adalah seorang yang mati pucuk. Laporan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak hospital 6 bulan sebelum anakguam saya bertemu wanita tersebut. Jadi, mustahil ianya suatu rekaan. Semasa saya kendalikan rayuan beliau, saya telah menghubungi pihak hospital dan disahkan anakguam saya masih mengidap penyakit tersebut. Ketika rayuan, mahkamah memang tidak dapat menerima bukti baru atas alasan ianya mestilah dikemukakan sewaktu perbicaraan oleh peguam asal. Dokumen atau bukti baru tidak boleh dikemukakan di peringkat rayuan. Sedih bukan.
Banyak point tidak ditimbulkan
Gambar hiasan
Selain itu juga, disebabkan peguam asal tidak membaca laporan doktor atau laporan perubatan terhadap pemeriksaan yang dijalankan terhadap wanita tersebut, peguam asal telah gagal untuk menyoal saksi-saksi tentang keadaan wanita tersebut yang berada dalam keadaan haid sewaktu kejadian rogol dikatakan berlaku.
Malah, jika benar perbuatan rogol berlaku di dalam tandas tersebut, peguam asal sepatutnya menyoal pegawai penyiasat tentang DNA atau darah haid yang mungkin terdapat pada dinding tandas, pintu bahagian atas, mangkuk tandas, lantai tandas etc memandangkan wanita tersebut mengatakan anakguam saya ada memegang kemaluannya dan kemudian memegang pula dinding tandas, mangkuk tandas, pintu tandas dan bahagian atas pintu tandas (possibilty terdapat kesan DNA tidak boleh ditolak begitu sahaja).
Wanita tersebut tidak pernah mengatakan anakguam saya ada mencuci tangannya. Kalau ikut logik, mesti darah haid melekat pada tangan anakguam saya.
Banyak lagi point tidak ditumbulkan atau disoal oleh peguam asal terutama sekali kesan koyakan akibat berzina dengan teman lelaki.
Pembelaan yang dibangkitkan oleh peguam asal hanyalah penafian semata-mata. Disebabkan banyak yang tidak ditumbulkan, maka anakguam saya kalah kes.
Beliau menghembuskan nafas terakhir
Gambar hiasan
Disebabkan terdapat kelemahan dari sisi peguam terdahulu terhadap beberapa hujahan, akhirnya anggota polis itu terpaksa akur apabila kalah kes sebelum melantik peguan bela terbaharu iaitu Ujen Suzana mengendalikan kes rayuannya.
Oleh itu, tidak banyak yang dapat saya lakukan walaupun Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju dengan point-point yang cuba saya hujahkan. Akan tetapi, Yang Arif mengatakan sepatutnya point-point di atas ditimbulkan oleh peguam asal sewaktu perbicaraan. Di peringkat rayuan, semua itu sudah tidak boleh ditimbulkan lagi.
Hasil fitnah dan penganiayaan tersebut, anakguam saya telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan (lepas buat mitigasi kurangkan hukuman). Paling menyedihkan selepas selesai menjalani beberapa sebatan (tidak dapat menghabiskan 10 sebatan tersebut), beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Penjara Kajang pada Disember 2020.
Saya menangis teresak-esak (walau saya cuba untuk tahan, hati saya jadi hati tisu ketika itu) apabila menerima berita kematian beliau. Kepada wanita pemfitnah tersebut, semoga Allah beri kamu hidayah-
Sumber: Ujen Suzana Norlihan
Kredit: OhBulan
You must be logged in to post a comment.