Ahmad Maslan ajak orang ramai boikot daging import


Ekoran masih terdapat isu rampasan daging import yang menggunakan logo halal tidak sah, masyarakat digesa memboikot produk berkenaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, walaupun isu itu sudah menjadi isu nasional namun masih terdapat pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang masih menjalankan aktiviti ini dan mengedarkan daging tidak sah halal ini kepada umum.

“Lagi 335 tan daging guna logo halal tak diiktiraf dirampas. MAQIS yang rampas. Walau isu ini selalu dihebah, mereka yang jahat masih melakukannya.

“Usaha kerajaan yang bersepadu dan berterusan perlu dibuat. Isu halal haram amat sensitif kepada umat Islam

“Mari boikot daging/ayam dari luar,” katanya di Twitter beliau hari ini.

Ahmad Maslan merujuk kepada laporan media di mana lebih 355 tan daging kerbau sejuk beku dari India bernilai hampir RM4.3 juta dirampas selepas didapati menggunakan logo halal mengelirukan pada Khamis lalu.

Daging sejuk beku yang diimport dari Ukraine.

Rampasan dibuat Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang selepas melakukan pemeriksaan rutin di Terminal Kontena Utara Butterworth (NBCT).

Kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Isu kartel daging import mula tular pada 2 Disember tahun lalu berikutan terbongkar kegiatan menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina.

Kartel berkenaan kemudian membungkus semula daging itu menggunakan logo halal sebelum menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.

Ia terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai yang menemui 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta. MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker