Bertegas! Jangan tunduk desakan MCA bina lebih banyak sekolah Cina

Desakan parti itu hanya lebar jurang pupuk integrasi nasional

BANGI, 29 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Lebih baik kerajaan membangunkan sekolah beridentitikan kebangsaan daripada membina sekolah vernakular.

Demikian reaksi sinis, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan mengulas gesaan Setiausaha MCA Bahagian Rasah, Ng Kian Nam supaya kerajaan menubuhkan lebih banyak sekolah Cina.

Desakan itu disuarakan selepas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon memberi peruntukan bagi penyelenggaraan dan pembaikan 16 Sekolah Menengah Cina.

Sambil berterima kasih di atas peruntukan itu, Ng menggesa kerajaan untuk bersetuju membina lebih banyak sekolah Cina di kawasan perumahan baharu.

Beliau juga dilaporkan mendesak kerajaan untuk memenuhi komitmennya menyusun semula atau menubuhkan lebih banyak sekolah Cina, sambil berkata, mereka juga harus menjaga status sekolah-sekolah ini termasuk menghormati kedaulatan dewan pengarah, mempromosikan budaya Cina, dan menyediakan lebih ramai guru.

Mengulas lanjut, Ustaz Azizee menyifatkan adalah tidak wajar tuntutan sedemikian diturutkan.

Ini kerana katanya, masih terdapat lagi sekolah-sekolah daif dan sekolah bandar yang memerlukan bantuan dari sudut fasiliti.

“Bahkan kerajaan boleh menggunakan peruntukan yang besar untuk membekalkan air dan elektrik kepada sekolah daif demi pendidikan anak-anak luar bandar.

“Apakah agenda sebenar MCA memohon peruntukan tersebut, ini akan melebarkan jurang memupuk intergrasi nasional,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, beliau menggesa kerajaan memberi keutamaan kepada pendidikan pelajar tatkala ini.

“Kerajaan harus fokus membantu keluarga dan murid-murid mendapatkan kemudahan pembelajaran yang baik seperti pembelian alat peranti, laptop dan sebagainya,” katanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker