Akaun Rahsia UMNO: Bersatu, parti lain jangan keluar kenyataan tuduhan – Annuar Musa

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa UMNO pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia.

Menurut beliau, sepanjang lebih 20 tahun beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti, itu tiada keputusan sedemikian pernah dibuat.



“Akaun sulit UMNO? Pemimpin Bersatu atau parti lain tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan bersifat tuduhan.

“Ini tidak membawa kepada sebarang kebaikan,” katanya melalui ciapan akaun Twitter miliknya, pada Jumaat.

Media pada Rabu melaporkan UMNO mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik sejak 1988.

Perkara itu didedahkan ketika pihak pendakwaan menyanggah dakwaan bahawa wang tunai RM114.16 juta yang dituntut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO dalam saman pelucutan hak berkaitan 1MDB terhadap OBYU Holdings adalah milik parti itu.

Dalam hujah bertulis Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin, pihak pendakwa mendakwa ia kerana sebilangan pemimpin UMNO sendiri menafikan mereka tahu mengenai dana tersebut.

Susulan pendedahan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan perkara itu sebagai pengkhianatan yang jelas terhadap perlembagaan parti dan ahlinya.



Katanya, akaun bank yang tidak diisytiharkan (dan sumbangan politik yang tidak diaudit) jika terbukti berkaitan langsung dengan parti dan kepemimpinan UMNO, ia juga merupakan pelanggaran serius di bawah peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).-Awani

Mungkin presiden Umno 1988 boleh jelaskan ‘akaun rahsia’- Shahril



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker