Coca-Cola bakal lancar saiz botol minuman baharu, lebih comel dan bergaya


Coca-Cola bakal melancarkan saiz botol minuman yang baharu buat kali pertama selepas sedekad, namun apa yang lebih menarik perhatian adalah ianya diperbuat daripada 100 peratus bahan plastik kitar semula!

Ianya berukuran 13.02 onz dan akan mula dilancarkan di pasaran pada minggu ini, menurut jurucakap Coca-Cola.

Ianya merupakan langkah terbaru dalam inisiatif Coca-Cola selama beberapa tahun untuk mengurangkan sisa plastik dalam penghasilan produk mereka.

Syarikat air minuman yang dikenali di seluruh dunia ini juga berharap saiz botol yang baharu ini dapat menarik perhatian pelanggan mereka khususnya golongan muda di bawah 25 tahun yang menginginkan Coca-Cola menghasilkan saiz botol minuman yang baharu.

Pelanggan boleh mendapatkan produk ini yang bersaiz baharu mulai bulan ini di beberapa negeri terpilih di Timur Laut, termasuk New York dan Connecticut, serta di California dan Florida, sebelum dilancarkan di seluruh negara pada musim panas depan.

Syarikat Coca-Cola menggambarkan ukuran baharu ini sebagai “more sippable package”, malah ia akan dillancarkan dengan minuman soda syarikat ini yang paling popular seperti Coca-Cola, Diet Coke dan Coke Zero Sugar dengan harga runcit yang dicadangkan US Dollar $1.59.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Kelestarian Coca Cola, Alpa Sutaria, inisitaif baharu ini sebagai usaha mereka mendengar permintaan pelanggan mereka.

“Kami telah mendengar permintaan pelanggan dan mereka memberitahu kami bahawa mereka menginginkan sesuatu yang lebih kecil dan lebih senang untuk dinikmati.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk membuat botol dengan plastik yang dapat dikitar semula 100 peratus”, tambahnya lagi.

Terdahulu, Coca-Cola sering dikritik kerana menyumbang kepada sisa plastik yang merosakkan alam sekitar dimana tahun lalu, syarikat itu dinobatkan sebagai syarikat pencemar sisa plastik nombor satu di dunia oleh organisasi yang menggerakkan kempen menjaga alam sekitar, Break Free From Plastic.

Hasil kajian itu mendapati logo dan jenama Coca Cola ditemui pada 13,834 keping plastik di 51 negara dimana ianya sering dibuang di tempat awam seperti taman dan pantai.

“Kami bertekad untuk melakukan inovasi dan mengembangkan teknologi untuk meminimumkan kesan penghasilan produk kami kepada alam sekitar”, tambah Alpa lagi. SM

20 tahun kumpul barangan Coca-Cola

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker