Vaksin COVID-19: Sinovac lulus penjualan bersyarat

SYARIKAT Biotech Sinovac, China umum badan pengawal selia bersetuju untuk meluluskan penjualan bersyarat vaksin COVID-19 CoronaVac, yang dibangunkan syarikat itu.

Sebelum ini, vaksin Sinovac yang dihasilkan Sinovac Life Sciences Co. Ltd., yang berpusat di Beijing, dengan kerjasama Sinovac Biotech, diluluskan untuk kegunaan kecemasan pada Jun lepas.

Vaksin tersebut mula digunakan bagi proses inokulasi secara kecemasan dalam kalangan kumpulan tertentu sejak Julai tahun lepas.

Negara seperti Indonesia, Turki, Brazil, Chile, Colombia, Uruguay dan Laos juga meluluskan penggunaan kecemasan secara tempatan bermula bulan lepas.

Negara-negara ini memahami hasil kajian klinikal dan mempercayai bahawa ia mampu mengurangkan rawatan perubatan, kemasukan ke hospital, kes-kes kritikal dan kematian akibat COVID-19.

3 Februari lalu, syarikat tersebut memfailkan permohonan untuk penjualan bersyarat, yang diluluskan berdasarkan ujian klinikal fasa ketiga selama dua bulan yang dijalankan di luar negara.-Awani

COVID-19: Brazil kaji vaksin Sinovac keluaran China

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker