PKP 2.0: Pasangan kekasih dikompaun rentas daerah makan angin di tepi pantai
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki lelaki berusia 47 tahun berasal Jeniang, Sik bersama teman wanitanya berusia 27 tahun dari Bukit Jenun dikompaun RM1,000 kerana kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa makan angin di tepi pantai Tanjung Dawai,
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kedua-dua mereka mengaku melakukan kesalahan merentas daerah kerana bosan berada di rumah dan keluar untuk makan angin di tepi pantai.
Mereka ditahan anggota Tugas Ronda Cegah Jenayah, Balai Polis Tanjung Dawai pada jam 11.10 pagi Jumaaat.
Hasil siasatan mendapati, lelaki itu mengaku telah merentas daerah dari rumahnya di Sik dan mengambil teman wanitanya di Pendang lalu pergi ke Tanjung Dawai.
“Mungkin kita beranggapan dia menggunakan jalan tikus dan lepas, tetapi kita ada pasukan pemantau bergerak dan kita dapat tangkap mereka,” katanya.
Bagaimanapun, Adzli berkata, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) orang ramai masih rendah dan paling ketara tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Sepanjang PKP 2.0 ini, katanya, sebanyak 203 kompaun dikeluarkan kepada orang awam di seluruh daerah Kuala Muda, dan enam tangkapan dilakukan terhadap warga asing.
Daripada jumlah itu, 60 orang pula dikompaun kerana kesalahan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran.
Adzli mengingatkan orang ramai supaya mematuhi SOP yang ditetapkan ketika PKP 2.0 yang disambung sehingga 18 Februari depan.
Ia bertujuan untuk memutus rantaian COVID-19 dari bertambah setiap hari.
Tegasnya orang ramai juga dinasihatkan supaya berada di rumah jika tidak mempunyai sebarang urusan di luar.
‘Keluar Beli Barang Bukan Bersuka Ria’- Netizen Berang 8 Penduduk Miskin Sabah Dikompaun
You must be logged in to post a comment.