Semua jawatan dalam UMNO terbuka untuk dipertandingkan – Zahid Hamidi
Kesemua jawatan dalam UMNO termasuk presiden akan dibuka untuk dipertandingkan pada pemilihan parti itu tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden UMNO itu berkata, keputusan berkenaan dibuat untuk membuktikan beliau dan kepimpinan UMNO menerima serta mengamalkan proses demokrasi bagi pemilihan barisan pemimpin.
“Jika sebelum ini sewaktu kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, dua jawatan penting dalam parti tidak dipertandingkan.
“Apabila saya ambil alih jawatan presiden, saya telah bawa perkara ini kepada Majlis Tertinggi (MT) dan memutuskan segala jawatan termasuk presiden terbuka untuk dipertandingkan.
“Jika kali ini lebih ramai yang ingin bertanding bagi jawatan presiden maka itu lebih baik ia akan lebih meriah,” katanya ketika temu bual program ‘Terus Terang’ anjuran NR Channel pada Rabu.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengulas berhubung tekanan terhadapnya supaya melepaskan jawatan selaku presiden parti.
Ujar Zahid, pemilihan beliau adalah berlandaskan proses demokrasi dan perkara itu perlu dihormati.
Baru-baru ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Perhimpunan Agung UMNO 2020 akan tetap diteruskan secara maya sekiranya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta perintah darurat masih berjalan.
https://mykmu.net/2018/05/22/semua-jawatan-tertinggi-umno-dipertandingkan/
You must be logged in to post a comment.