Perutusan PM Mesti Ada Keseimbangan Antara ‘Punishment’ dan ‘Reward’
Perutusan PM ni tak boleh sekadar cerita tentang penguatkuasaan undang-undang saja. Mesti ada keseimbangan antara punishment dan reward.
Bab perketat undang-undang itu kita sangat sokong. Tapi rakyat tidak boleh diajar untuk hidup dalam ‘fear’. Takut kena hukum dan takut kena penyakit semata-mata.
Rakyat juga mesti diberi reward (hadiah) atas kepatuhan mereka berkorban duduk di rumah. Rakyat mesti diberi token kerana sanggup hilang pendapatan demi memutuskan rantaian.
Prof BF Skinner, antara ahli psikologi berpengaruh pada zaman moden menulis bahawa keseimbangan antara reward dan punishment ini adalah antara analisis sikap yang akan membentuk maruah dan peribadi manusia.
Islam mengajarkan keseimbangan antara punishment dan reward ini jauh lebih awal. Antaranya dalam Surah Ibrahim ayat 7.
“Jika kamu bersyukur, maka Aku tambahkan nikmat. Jika kamu kufur, maka azabKu amat pedih”
Dalam isu hukuman, ucapan PM petang ini lebih daripada cukup. Tapi ketiadaan ‘reward’ untuk rakyat hanya akan membuatkan orang mual.
Dan mual akhirnya akan membuatkan orang mengambil ringan.
Moratorium, KWSP, Bantuan Tunai, Insentif gaji adalah antara reward paling mudah yang boleh dibuat oleh kerajaan. Moratorium pinjaman sebagai contohnya hanya melibatkan penetapan polisi bank.
Betul ia memberikan risiko NPL (Non Performing Loan). Tapi dengan keuntungan purata RM35 bilion setahun, takkan masih takut dengan NPL?
Kunci terakhir yang PM tertinggal dalam ucapannya tadi adalah hope (harapan). Bila krisis ini akan berakhir? Apa usaha kerajaan untuk melobi bekalan vaksin segera?
Bila masjid boleh dibuka seperti biasa? Apa perancangan untuk pendidikan anak-anak yang tertinggal?
Rakyat tidak boleh dibiar tertanya-tanya. Setiap perkara mesti ada deadline yang jelas supaya rakyat tahu apa hala tuju seterusnya. Dan kita pun boleh pantau sama.
Ucapan yang bersifat menghukum hanya datang daripada seorang tuan.
Bukan pemimpin
—
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu