Kerala Lawan Kerala: Siapa Akan Menang?

 

Tan Sri Thomas Thomas @ Mohan, atau Tan Sri Tommy Thomas, sangat kecewa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya kerana meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara tiba-tiba sekali gus menggulingkan Kerajaan PH, terpapar dengan jelas dalam buku beliau, malah pada muka surat 509-510 buku beliau Tan Sri Tommy menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “pengkhianat sangat besar”.

Rumus Tan Sri Tommy: “Bila saya mengingatkan diri saya balik mengenai kompromi yang diumumkan selepas mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari 2020 bahawa Anwar Ibrahim telah menyerahkan kepada Tun Dr Mahathir untuk memutuskan tarikh sebenar perletakan jawatan beliau selepas Sidang APEC di Kuala Lumpur pada November 2020, langsung tidak boleh difahami bahawa tiga hari kemudian, tanpa merundingi pemimpin PH lain, Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan dan bertegas untuk memecat seluruh Kabinetnya.



Ini adalah satu pengkhianatan sangat besar (a monumental betrayal).

Penggantian oleh satu pakatan parti-parti Malay-centric yang mengisytiharkan dengan bangganya kaum dan agama mereka telah membawa bencana kepada Malaysia yang berbilang-kaum.

Jarang berlaku dalam sejarah negara kita banyak juta pengundi dikecewakan oleh tindakan seorang lelaki.”

Tommy Thomas Dedahkan Mahathir Lantik Ketua Hakim Negara Tidak Ikut Proses Ditetapkan



Sehingga sekarang Tun Dr Mahathir malangnya masih membisu seribu bahasa, langsung tidak membela diri beliau daripada serangan-serangan yang dilancarkan terhadap beliau oleh Tan Sri Tommy tetapi sangat menarik untuk dilihat apa yang akan berlaku jika dan bila Tun Dr Mahathir melancarkan serangan-serangan balas terhadap Tan Sri Tommy kerana kedua-dua mereka sebenarnya mempunyai satu persamaan.

Persamaan ini adalah ayah kepada ayah Tun Dr Mahathir, bernama Iskandar, datang ke Malaya dari Kerala, India (sebelum 1881) manakala ayah kepada Tan Sri Tommy, bernama Keluthara Thomas, juga datang ke Malaya dari Kerala, India (pada 1939).

Persamaan ini tentulah akan menimbulkan pertanyaan: Antara dua singa Kerala ini, mana satu yang akan menang?



Dr. Kamarul Yusoff

 



 

JALSOA bantah penulisan Thomas hina pegawai undang-undang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker