Doa saya tambah teruk? Saya ampunkan sebab saya baca Quran – Menteri KDN

 

PUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin kembali bertugas hari ini setelah disahkan bebas Covid-19, dengan memaafkan mereka yang berdoa agar keadaannya semakin teruk susulan dijangkiti virus itu.

“Kepada mereka yang mendoakan saya bertambah teruk, saya ampunkan mereka kerana saya baca Al-Quran… dan tengok banyak kutuk banyaklah pahala yang saya dapat,” katanya, yang banyak menghabiskan masa dengan aktiviti keagamaan ketika di hospital, menurut Bernama.

Beliau berkata pengalaman yang dilaluinya memang mendugakan.

“Seluruh badan terasa macam kalau demam urat. Lemah badan dan kalau sakit kepala macam saya kena, Allah…macam nak meletup kepala,” katanya kepada pemberita.

“Saya punya enzim hati naik sampai paras 900 jadi doktor nak bagi ubat kena berhati-hati. Demam sampai dekat 38.9°C,” kata Hamzah yang disahkan positif Covid-19 pada 12 Jan.

Permohonan Tidak Teratur Macam Mana Muda dan Pejuang Nak Lulus? – Hamzah Zainudin

Hamzah juga menyatakan walaupun beliau kini bebas Covid -19, namun beliau terpaksa menjalani fisioterapi pada paru-paru, sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Beliau juga meminta orang ramai tidak membuat berita palsu yang menimbulkan kegusaran dan ketakutan.

“Saya masuk hospital pada 12 Jan dan walaupun dibenarkan keluar pada 24 Jan, saya kena duduk di rumah untuk seminggu lagi. Tak kan saya sengaja masuk hospital hampir sebulan,” katanya.

Hamzah berkata rakyat harus berdoa supaya diselamatkan daripada Covid-19 dalam meneruskan perjuangan yang sebenar, iaitu membangunkan negara, memajukan ekonomi dan menjadikan negara ini aman damai.

Hamzah turut berharap rakyat dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP), termasuk penjarakan fizikal untuk memutuskan rantaian penularan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker