Tommy Thomas Mengesahkan Dia Adalah Lantikan DAP – Puad Zarkashi

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zakarshi hari ini  mengangkat salah satu catatan penting Tommy Thomas dalam perjalanan Kerajaan PH menjadikan beliau sebagai peguam negara.

Dalam buku memoirnya My Story: Justice in the Wilderness Tommy Thomas menulis, dia menerima panggilan dari Lim Kit Siang sebelum lantikannya sebagai AG diumum.



Ini kata kata Lim Kit Siang, “Congratulations, you will be doing national service. All legal reforms are in your hands”.

Apakah panggilan itu dibuat setelah DAP berjaya memujuk Tun M melantik Tommy dan dipersetujui oleh Majlis Presiden PH?

Bagaimana seorang yang diluar kuasa eksekutif mengetahuinya dengan lebih awal?

Bahkan dia menerima panggilan sekali lagi ucapan tahniah dari Kit Siang jam “5 pagi” setelah YDP Agung menandatangani perlantikannya pada 3 Jun 2018.



Rupanya, harapkan pagar, pagar makan padi. Bukan “legal reform” yang dibuat tetapi hancurkannya.

Perkara awal yang besar dan mengejutkan ramai pihak samada orang awam ataupun mengamal undang – undang adalah penguguran pertuduhan rasuah ke atas Lim Guan Eng.

Walhal hakikatnya Lim Guan Eng telah pun dipanggil untuk membela diri diatas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Malah SPRM juga ternyata terkejut dengan kuputusan Peguam Negara pada ketika itu.

Ini sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh bahawa sistem perundungan negara telah dilacurkan oleh PH demi melepaskan pemimpin DAP



Syukur, dia sudah letak jawatan. Itu semua kerana tekanan rakyat. Rakyat tidak bodoh antara fakta dengan rekaan.

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker