Zahid Hamidi Selar Mahathir, Pemecah Belah Orang Melayu

 

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi hari ini memuatnaik status dilaman FB rasmi beliau yang menyelar Mahathir secara tidak langsung berhubung isu pendaftaran parti baru iaitu ‘Pejuang’

Semua sedia maklum bahawa Pejuang ini merupakan parti serpihan dari pada Bersatu yang sebelum ini juga merupakan parti serpihan daripada UMNO.

Mahathir yangs sebelum ini lantang mengatakan bahawa demokrasi di Malaysia ini tidak bagus kerana terlalu banyak parti diwujudkan bukan kerana soal perjuangan tetapi lebih daripada memenuhi kehendak dan nafsu politik individu dan kumpulan tertentu.

Sebenarnya apa yang diutarakan Mahathir sebelum ini semua merujuk kepada diri beliau sendiri.

Beliaulah yang menyebabkan orang Melayu dan undi Melayu itu berpecah yang menyebabkan kuasa politk Melayu hilang ditanah keramat ini.

Sejarah perjalanan politk Mahathir sudah cukup untuk mengadili susuk tubuh dinosor politik ini.

Beliaulah yang meletakkan penanda aras beliau jugalah yang meletakkan dan membuatkan sesuatu itu sebagai precedent case dalam pelbagai perkara dalam negara ini.

Dengan usia menghampiri 96 tahun ini Mahathir sepatutnya insaf dan tidak lagi campur tangan untuk menentukan perjalanan politik negara.

Jadi Mahathir tidak perlu meroyan bila parti beliau sehingga hari ini masih belum mendapat kelulusan daripada pendaftar pertubuhan.

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker