Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang menyambut perayaan itu esok.

Kedua-dua Seri Paduka Baginda menyampaikan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di akaun Facbook Istana Negara hari ini.

“Pada hari yang bermakna ini, beta berdua mengucapkan selamat menyambut perayaan ini dengan penuh keceriaan dan aman kepada semua penganut Hindu,” menurut hantaran tersebut.

– Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker