Ancaman Serangan Siber: Awas! NACSA keluar notis amaran

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan memaklumkan ia susulan ancaman oleh ‘Anonymous Malaysia’ untuk menggodam laman web kerajaan menerusi penularan satu video yang dikeluarkan di platform media sosial mereka pada Isnin.

“NACSA, MKN juga sedang berkerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” memetik kenyataan itu.

Berkait dakwaan ‘Anonymous Malaysia’ kononnya keselamatan infrastruktur dan sistem siber negara di tahap rendah, MKN berkata kerajaan amat memandang berat berhubung perkara tersebut.

“Kerajaan amat mengambil berat dan memberi keutamaan terhadap keselamatan infrastruktur teknologi maklumat kerajaan, serta sistem-sistem kritikal negara dengan menggariskan tindakan-tindakan pengukuhan sistem teknologi maklumat, termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang berkaitan.

“Tindakan ini jelas digariskan menerusi Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) yang dilancarkan pada bulan Oktober 2020 lalu, dimana strategi ini menggariskan tindakan-tindakan bagi mengukuhkan sistem ICT kerajaan serta sistem-sistem kritikal negara termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang berkaitan,” kata MKN.

Amaran Penggodam | Apa mesej yang cuba disampaikan?

Video berdurasi lebih 2 minit dikeluarkan ‘Anonymous Malaysia’ itu mengimbas semula kejadian kebocoran data syarikat telekomunikasi pada 2017 yang melibatkan sebanyak 46 juta nombor telefon bimbit pengguna di Malaysia.

Keselamatan Siber | Penggodam Anonymous beri amaran kepada kerajaan Malaysia

 

Malah, peningkatan kes berkait serangan siber baru-baru ini termasuk yang melibatkan portal web Angkatan Tentera Malaysia sebagai asas dakwaan mereka.

 

Tahap keselamatan siber berisiko, penggodam ‘Anonymous’ beri amaran

Anonymous Malaysia (Anonymous) memberi amaran kepada kerajaan Malaysia yang didakwa gagal meningkatkan tahap keselamatan siber negara.

Menerusi video amaran yang dikeluarkan di akaun Facebook mereka, kumpulan penggodam itu menyifatkan keselamatan siber negara berada di tahap rendah selain berisiko berlakunya kebocoran data.

Video berdurasi lebih 2 minit itu turut mengimbas semula kejadian kebocoran data syarikat telekomunikasi pada 2017 yang melibatkan sebanyak 46 juta nombor telefon bimbit pengguna di Malaysia.

Malah, peningkatan kes berkait serangan siber baru-baru ini termasuk yang melibatkan portal web Angkatan Tentera Malaysia sebagai asas dakwaan mereka.

Keselamatan Siber | Penggodam Anonymous beri amaran kepada kerajaan Malaysia

Justeru, mereka menyalahkan kerajaan yang didakwa tidak menyokong para pembangun teknologi maklumat.

Jelas individu itu, pembangun dikatakan tidak membuat pemilikan atas kod yang dibina dan tidak memiliki keinginan bagi membetulkan kesilapan serta terus kekal dengan situasi tersebut.

Kali terakhir kumpulan tersebut muncul adalah pada tahun 2015 bagi menyatakan sokongan kepada gerakan Bersih 4.0 dan mengancam untuk melancarkan serangan siber kepada kerajaan sekiranya Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meletakkan jawatan.

Astro AWANI sedang mendapatkan reaksi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) berhubung dakwaan tersebut.-

Data angkatan tentera digodam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker