Rebut jawatan PM kerja mengarut – Hadi Awang


Berebut jawatan Perdana Menteri adalah satu perkara yang tidak wajar berlaku pada masa ini, tegas Presiden Pas.

Tindakan ini kata Datuk Seri Abdl Hadi Awang hanya membuktikan ketidakprihatinan terhadap perkara mustahak yang perlu ditumpukan perhatian iaitu langkah-langkah menangani wabak Covid-19.

“Perkara yang tidak patut kita buat dalam masa ini, berbalah siapa nak jadi Perdana Menteri, nak lantik siapa Perdana Menteri.

“Suasana begini nak berbalah begitu, nak cukup undi Parlimen ini semua kerja-kerja mengarut. Tidak peka dengan wabak yang menimpa rakyat, yang mesti ditolak, dicegah apa sahaja langkah-langkah yang boleh mengganggu kerja majlis darurat mesti ditangani dengan peraturan yang tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang tetamu dalam sesi webinar bertajuk ‘Proklamasi Darurat: Apakah Satu Keperluan?’ yang dianjurkan Gerakan Pembela Ummah secara atas talian hari ini.

Mengulas lanjut , Abdul Hadi, Proklamasi Darurat adalah langkah kerajaan yang tepat pada masanya dan tidak perlu dicurigai kerana melibatkan keselamatan rakyat yang menjadi keutamaan.

“Sebab itu jangan ragu, jangan syak jangan bimbang nak bertindak atas dasar Proklamasi Darurat demi maslahat kita semua yang diperintah Allah menjadi tanggungjawab kerajaan,” katanya lagi.

Sebelum itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menyatakan diri mempunyai cukup sokongan di Dewan Rakyat dan mahu kerajaan mengadakan sesi persidangan kerana majoriti menolak darurat yang diadakan.

Untuk rekod, pada 22 September 2020, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendakwa mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan. MG

One thought on “Rebut jawatan PM kerja mengarut – Hadi Awang

  • January 24, 2021 at 19:05
    Permalink

    Yg kau jadi Duta Khas pergi Arab tak membazir kah!!!! PAS tak boleh jadi kerajaan… Rata2 pemimpin PAS bukan jenis peduli rakyat.

    Reply

Leave a Reply