Rahsia Wanita Tertua Di Dunia Meraikan Ulang Tahun Yang Ke 118

Kane Tanaka adalah wanita tertua di dunia yang dilahirkan pada 2 Januari 1902 dan baru-baru ini dia telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 119. Dia adalah anak ketujuh dari sembilan orang adik beradik yang tinggal di rumah jagaan di Fukuoka, barat daya Jepun.

Tanaka telah ditabalkan oleh Guinness World Records sebagai wanita tertua di dunia pada bulan Mac 2019 dan pada waktu itu usianya adalah 117 tahun. Dia adalah wanita yang dilahirkan pada tahun yang sama dengan novelis terkenal Britain iaitu George Orwell seperti yang dilaporkan oleh satu laman web Kyodo.

Dia juga menetapkan rekod usia Jepun sepanjang masa pada bulan September tahun lalu pada 118 tahun dan 261 hari. Semasa tinggal di rumah jagaan di Fukuoka, Tanaka telah meraikan ulang tahunnya bersama dengan penduduk yang lain. Dia sangat gembira dan berkata, “Puji semua orang”.

“Kebiasaannya, dia akan menghabiskan waktunya untuk bersenam, mengira dan bermain Reversi. Dia juga mempunyai selera makan yang kuat dan suka makan coklat dan minum Coke”. Kata salah seorang penjaga di rumah jagaan berkenaan.

Ketika ditanya mengenai rahsia umur panjangnya, Tanaka hanya menjawab, “Makanlah dengan baik dan belajarlah”. Dia mengatakan bahawa dia berhasrat untuk hidup sehingga 120 tahun.

“Ini adalah satu keadaan yang sangat sukar kerana pandemi Corona virus yang sedang melanda dunia, namun Kane baik-baik sahaja”. Kata cucunya yang berusia 61 tahun, Eiji. Dia juga gembira kerana neneknya itu dapat bersenang senang setiap hari.

via independent.ie

Kane Tanaka telah disenaraikan dalam Guinness World Records sebagai wanita tertua di dunia. Rekod sebelumnya dipegang oleh rakan senegaranya iaitu Nabi Tajima, seorang penduduk Pulai Kikai di Prefektur Kagoshima, barat daya Jepun yang telah meninggal dunia pada April 2018 yang lalu.

Ketika Tanaka dianugerahkan sebagai wanita tertua di dunia, dia meraikannya dengan meminum Coke iaitu minuman kegemarannya dengan hanya memakai kemeja. Fotonya telah diberikan oleh cucunya, Eiji.-Murai.my

Pada usia 75 tahun, pemain Mesir ini ‘footballer’ profesional tertua di dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker