Darurat saranan PN tempang, 114 atau 115 MP tidak setuju

 

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, hari ini mendakwa jumlah ahli parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan darurat “lebih daripada mencukupi”.

Setakat ini kata Anwar ada antara 114 hingga 115 ahli parlimen yang sepakat mahukan darurat dibatalkan.



Kata presiden PKR itu lagi dengan jumlah berkenaan cukup untuk memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mempertimbangkan usul tersebut dan memanggil sidang khas parlimen dengan segera.

“Sekarang telah mencecah 114 (atau) 115 yang menolak usul PN. Jumlah itu lebih daripada cukup menolak pandangan PN berhubung darurat, (ia) ditolak majoriti ahli Parlimen,” katanya dalam program bual bicara Minda Profesor Negara hari ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker