Peraturan wajib pakai sarung tangan, tiada – Ismail Sabri

PETALING JAYA: Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menegaskan tidak ada SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mewajibkan pemakaian sarung tangan di mana-mana lokasi.

“Tiada SOP pakai glove (sarung tangan),” katanya di Twitter.

Ismail berkata demikian sebagai respons terhadap rakaman video yang tular sejak semalam, apabila seorang juruwang wanita di sebuah pasar raya disaman polis, kerana dikatakan tidak memakai sarung tangan.

Sementara itu, Kosmo! dalam laporan memetik Ketua Polis Daerah Putrajaya Mohd Fadzil Ali berkata, wanita berkenaan bukan disaman kerana tidak memakai sarung tangan sebaliknya tindakan diambil kerana tidak mematuhi beberapa SOP lain

Langkah tidak wajib pelajar pakai pelitup muka ‘pelik’, kata pakar

Fadzil berkata, berlaku kekeliruan mengenai video yang tular di media sosial itu.

Beliau berkata, anggotanya mengeluarkan saman kerana pekerja itu tidak mengimbas aplikasi MySejahtera dan manual serta tidak mengambil suhu badan sebelum mula bertugas.

Katanya, pekerja wanita itu disaman RM1,000 pada 17 Jan lalu di sebuah pasar raya di Presint 8 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Kaji laksana semula GST, tingkat pendapatan negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker