Panglima Kanan Zahid Hamidi disahkan dijangkiti Covid-19

 

Seorang lagi ahli parlimen disahkan positif Covid-19. Kali ini membabitkan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.

Hal itu dinyatakan pengelola media sosial Tajuddin pagi ini.

Kata hantaran itu Tajuddin menjalani ujian saringan pada 19 Jan dan keputusan mengenainya dikeluarkan hari ini.

“Kepada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan beliau (Tajuddin), eloklah melakukan ujian saringan Covid-19,” katanya.

Sebelum ini sudah ada beberapa ahli parlimen disahkan dijangkiti wabak tersebut, termasuk Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Zulkifli Mohamad; Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique; dan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.

Tajuddin dilantik pengarah PRU-15 bagi Umno

Turut disahkan positif ialah Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

Untuk rekod Tajuddin duduk di sebelah Nazri semasa bekas menteri di JPM itu mengadakan sidang media bagi mengumumkan keputusannya menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menurut hantaran Tajuddin itu, pengarah pilihan raya Umno berkenaan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

“Beliau memohon maaf di atas sebarang kesulitan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker