Keputusan darurat muktamad, tak boleh dicabar di mahkamah
Walaupun sudah diisytihar darurat, masih sibuk ‘politicking’ rebut kuasa
BANGI, 5 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar pengisytiharan darurat adalah bukti kukuh bahawa darurat perlu dikuat kuasakan dengan lebih tegas lagi.
Difahamkan, langkah itu menyusul selepas Presiden PKR itu menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, membatalkan pengisytiharan darurat dan sidang Parlimen diadakan sebelum 31 Januari ini.
“Saya sudah mengumumkan hasrat kami untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mempertahankan Perlembagaan dan rakyat daripada penyalahgunaan kuasa amat dahsyat ini.
“Juga, pasukan undang-undang kami sudah diarah menyiapkan permohonan untuk mencabar perdana menteri dan kerajaan Malaysia atas pengisytiharan darurat yang tidak berasas,” dakwanya.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga dilaporkan berkata, pengisytiharan darurat secara semborono dan terdesak, tanpa asas rasional, menyebabkan wujud jurang antara rakyat dan kerajaan.
Sedangkan umum mengetahui menurut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, jelas mengatakan bahawa pengisytiharan darurat adalah atas kepuashatian Agong yang bermakna Seri Paduka boleh menolak nasihat Perdana Menteri sebagaimana yang pernah dibuat pada tahun lalu.
Justeru, Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, ini bermakna segala persepsi yang dicipta seolah-olah Agong mengikut nasihat Perdana Menteri bulat-bulat adalah tidak berasas dan berniat jahat.
Keputusan DBKL larang kedai runcit jual arak muktamad, bantahan Dap tidak dilayan
Bahkan, pengisytiharan darurat adalah muktamad dan tidak boleh dicabar menurut Perlembagaan Persekutuan, katanya.
“Saya yakin, keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong bukanlah sembrono kerana pasti ada banyak pertimbangan yang diambil kira.
“Kata mereka, kononnya cukup dengan ‘gencatan politik’ sahaja untuk mengawal ketidakstabilan politik di negara kita. Tetapi, lihatlah berapa banyak ‘gencatan politik’ yang telah dibuat dan akhirnya hanya menjadi sandiwara sahaja.
“Lihatlah juga, sudah diisytihar darurat pun masih sibuk politicking merebut kuasa. Ini bukti darurat adalah perlu dan malah dikuat kuasakan dengan lebih tegas lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.
Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkenan darurat itu mengambil kira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara.
Darurat kendurkan ketegangan politik, fokus Covid-19, kata pakar perlembagaan
You must be logged in to post a comment.