Isytihar Darurat: Muhyiddin, Kerajaan Malaysia Disaman!
Mohon mahkamah putuskan darurat tak sah, tidak berperlembagaan
KUALA LUMPUR, 5 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Bekas penyelaras Parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah memfailkan saman pemula terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia bagi mencabar tindakan Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi mengekang penularan COVID-19.
Khairuddin, selaku plaintif, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerusi Tetuan Law Practice of Rafique dengan menamakan Muhyiddin serta Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama dan kedua.
Pada 12 Januari lepas, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19.
Muhyiddin, pada hari sama, menjelaskan bahawa Jemaah Menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan proklamasi darurat bagi seluruh negara mengikut Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa mulai 11 Jan hingga 1 Ogos 2021.
Kerajaan masih cuba isytihar darurat, dakwa Dr M
Antara lain, Perkara 150 (1) memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika baginda berpuas hati suatu darurat besar sedang berlaku menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan terancam.
Pandemik COVID-19 kini menjadi ancaman besar terhadap kehidupan ekonomi rakyat di negara ini.
Menerusi saman pemula itu, Khairuddin antara lain memohon mahkamah memutuskan empat persoalan undang-undang dan keperlembagaan bahawa pengisytiharan Proklamasi Darurat tersebut adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan. – Bernama
Peguam fail saman isu Agong tak isytihar darurat
You must be logged in to post a comment.