Hentikan hipokrasi dalam berpolitik demi rakyat

Bila naratif YDPA sesuai selari dengan ultra kiasu, maka menjunjung kasihlah mereka. Tetapi bila tidak selari, lihat gelagat mereka…

 

SERAMAI 222 pemegang Phd, di bawah kelolaan Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) dikritik hebat oleh kumpulan ultra kiasu, hanya kerana sokongan terhadap pengisytiharan darurat oleh Yang diPertuan Agong (YDPA).

Kumpulan ultra kiasu ini berkata, kami ini kemarukkan jawatan dan pangkat dengan sokongan pengisytiharan darurat itu. Apa yang kami dapat hasil sokongan ini?

Ketika kami (PINTAR) mengadakan forum webinar bertajuk, “Darurat: implikasinya terhadap rakyat”, ultra kiasu masuk, kacau, melakukan serangan peribadi.

Tidak ketinggalan ultra kiasu, yang menamakan dirinya, peguam PAS dulu, atau lebih jelas lagi anak mami, menjadi meroyan selepas mengikuti forum webinar.

Saya turut dimangsakan oleh beliau. Saya tidak ada masalah dikritik. Memang itupun yang kita mahu lihat selepas sesuatu isu dikupas. Saya dah lali.

Cuma, saya perlu jawab kritikan yang dilakukan ultra kiasu.

Pertama, menjadi hak kami untuk bersuara dalam sebuah negara demokrasi. Kami mahu sokong atau tidak, itu hak kami. Kamu panas punggung pasal apa? Kami ada justifikasi kami sendiri kenapa kami menyokong.

Kamu nak cabar pengisytiharan tersebut, silakan…

Jangan jadi mujahat, PAS-UMNO lebih tahu hati budi masing-masing

Pelik ultra kiasu ini. Bila sesuatu naratif menyebelahi mereka. Bukan main lagi mereka sokong. Tetapi, bila berlaku sebaiknya, bingit dan hangit satu Malaysia.

Inilah wajah sebenar mereka yang kononnya dipilih secara sah oleh rakyat untuk memimpin negara ini. Nasib baik, mereka jatuh setelah 22 bulan memimpin. Jika tidak, apa akan jadi dengan negara tercinta kita ini.

Kedua, ultra kiasu cukup marah apabila saya mencadangkan agar mereka yang lantang menentang keputusan darurat YDPA, supaya dilucutkan kerakyatannya.

Ultra kiasu yang menggelarkan dirinya, peguam PAS dulu, sudah tentu ‘mahir’ selok belok atau ruang lingkup Perlembagaan kepada mereka yang tidak setia dalam tindakan dan percakapan, apatah lagi durhaka kepada YDPA.

Kalau tidak faham, buang sahaja perkataan ‘peguam’ itu. Buat malu orang kampung saja.

Sebagai peguam PAS dulu, cuba kamu baca peruntukan dalam Perlembagaan. Saya bukanlah peguam dulu atau kini, tetapi saya tahu undang-undang itu ada.

Ketiga, peguam PAS dulu, tidak dapat menerima pendapat saya mengatakan iaitu mereka (PH) saban hari mengugut untuk jatuhkan kerajaan sehingga menimbulkan masalah kepada pentadbiran negara.

Peguam PAS dulu itu kata, kerajaan sah yang sebenar yang dapat mandat rakyat secara sah adalah mereka.

Fahami Politik Pendidikan Cina Secara Menyeluruh

Saya nak tanya peguam PAS dulu. Kenapa boleh jadi sedemikian? Siapa yang meletakkan jawatan sehingga negara jadi haru-biru? Saya tidak perlu jawab, sebab peguam PAS dulu, bukan lagi seperti dulu.

Dulu bukan main kuat mempertahankan Islam bila bersama PAS. Apabila telah meninggal dan ditinggalkan PAS, lebih mempertahankan ultra kiasu yang jelas menentang Islam daripada mempertahankan Islam.

Keempat, peguam PAS dulu kata, kerajaan yang dipimpin oleh PN hari ini adalah kerajaan tebuk atap. PN katanya “a fake government”, PH adalah “a real government”.

Sejak bila pula kerajaan boleh ditebuk? Peguam PAS dulu mengaji kat mana?

Mana ada kerajaan tebuk atap? Kerajaan adalah kerajaan. Kerajaan tetap berdiri megah, parti politik hanya mengisi sahaja kerajaan itu, iaitu KERAJAAN MALAYSIA.

Justeru, tidak boleh sekali disalahkan kerajaan. Kerajaan Malaysia sudah wujud sejak zaman kerajaan Tanah Melayu lagi. Sebab itu, nama kerajaan, berakar daripada perkataan raja.

Parti politik datang dan pergi. Jika peguam PAS dulu masih tidak faham. Saya nak beritahu makna dan istilah kerajaan.

Parti politik tidak pernah ada kerajaan. Parti politik hanyalah ruling parti atau parti yang memerintah kerajaan.

Tanpa parti politik, kerajaan masih boleh berfungsi. Lebih-lebih lagi, kerajaan Malaysia, masih ada YDPA, walaupun mungkin tidak ada Perdana Menteri.

Kalau peguam PAS dulu syorkan saya baca buku bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Saya nak syorkan juga buku Buku Anthony Milner bertajuk, Kerajaan: Malay Political Culture on the Eve Of Colonial Rule, untuk peguam PAS dulu baca, supaya lebih mengenali budaya politik Melayu.

Saya yakin, peguam PAS dulu bukan Melayu sepenuhnya. Sebab itu, susah nak faham. Saya pun bukan Melayu, tetapi saya cuba memahami Melayu, selaku bangsa majoriti, kerana pada hemat saya itu adalah suatu kewajipan untuk bangsa minoriti memahami majoriti, supaya sedar diri, siapa pendatang, siapa peribumi.

Kelima, ultra kiasu peguam PAS dulu, kena tahu bagaimana nilai-nilai feudal membentuk sikap dan budaya politik Melayu. Begitu juga bagaimana ia menjalani perubahan.

Milner mengamati beberapa aspek sosial dan pemerintahan yang membentuk budaya politik masyarakat Melayu.

Bukit St Paul: Tukar nama Cina mungkin ultra kiasu senyap?

Menurut Milner, seseorang itu sebenarnya tidak mempunyai identiti lain kecuali yang berkaitan dengan raja, tidak kira pangkat atau kedudukan.

Dalam kajian Milner terhadap tiga teks Melayu seperti Hikayat Deli, Hikayat Pahang dan Hikayat Johor, beliau begitu mengagumi nilai-nilai feudal dan budaya politik Melayu yang mengalami perubahan ketika alam Melayu dijajah Eropah yang membawa sistem nilai dan budayanya. Diikuti dengan pengaruh daripada kebangkitan Islam pada lewat kurun ke-19, menjadi pendesak kepada perubahan ini.

Dalam kata lain, institusi raja dan nilai-nilai feudal memainkan peranan besar dalam mencorak pemikiran dan budaya politik Melayu.

Selepas menjalani perubahan, institusi raja dilihat penting kerana berperanan sebagai ‘pelindung’ dan ‘penyatu rakyat’ dan sebagai ‘lambang jati diri’ dan ‘budaya Melayu’. Peguam PAS dulu, faham tak apa yang dinukilkan oleh Milner ini?

Keenam, kalau peguam PAS dulu ada masa, baca juga buku pensyarah saya dulu, Kobkua Suwannathat-Pian, orang Siam, bertajuk Palace, political party and power: a story of the socio-political development of Malay kingship.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menelusuri salasilah dan sejarah raja-raja Melayu, supaya kita jadi lebih faham, kecualilah jika kita mahu mewujudkan negara republik.

Keputusan darurat, sama ada menerima darurat atau menolak, adalah terletak kepada kebijaksanaan YDPA. Apabila YDPA perkenan, bermakna itu adalah keputusan Baginda.

Waktu YPDA menolak darurat dulu, bukan main lagi kamu suka. Bila kali ini YPDA menerima perkenan, bukan main lagi kamu meroyan.

Memang betul kamu beri gelaran kepada diri sendiri, peguam PAS dulu. Sejak dulu kamu tidak mengikuti perkembangan terkini. Lebih molek jika tukar nama kepada peguam PAS sekarang, baru up-to-date.

Akhirnya, saya ingin ingatkan ultra kiasu, hentikan wayang hipokrasi ini. Ia hanya akan merosakkan diri kamu sendiri. Nampak sangat kamu kemarukkan kuasa. Sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Jika kamu benar-benar jujur dan tidak ultra kiasu, berikanlah peluang untuk kerajaan hari ini fokus dalam kerja-kerjanya untuk memerangi wabak COVID-19 ini. Apabila sudah reda nanti, pasti PRU15 akan berlangsung secepat mungkin. Bukan lama pun, lebih kurang enam bulan sahaja. Sabarlah sikit. Kita pulangkan kepada rakyat untuk memilih.

Buat masa ini, sama-sama kita jaga rakyat. Lagipun darurat yang diisytiharkan inipun macam tiada darurat. Kehidupan macam biasa sahaja. Kenapa perlu panas.

Prod Dr Ridhuan Tee Abdullah

Bertindak segera sebelum Malaysia jadi negara komunis!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker