[VIDEO] Shuib Sepahtu Tinggalkan Hot FM Mahu Fokus Bisnes Dan Keluarga

Pelawak Shuib Sepahtu mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada menjadi penyampai radio di Hot FM selepas dua tahun berkhidmat di stesen itu.

Berita sedih itu diumumkan semasa siaran Geng Pagi Hot (GPH) pagi tadi.

Menurut Shuib, dia sudah lama memikirkan mengenai perkara itu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap peniagaan yang dijalankan.



Sementara itu, Shuib yang turut berat hati dengan keputusan itu menyatakan beliau sangat seronok sepanjang berada di Hot FM.

Aku tak pernah rasa pergi kerja macam balik rumah, macam tu seronoknya bekerja di sini,  ujar Shuib

Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang akui terkejut dan turut merasa sedih di atas keputusan tersebut.

Mengimbau kembali kenangan manis yang pernah dilalui, Shuib berkongsi cerita di mana pada hari pertama bekerja di stesen itu, beliau perlu menemuramah Datuk Seri Siti Nurhaliza.



Apa-apa pun, Hot FM ingin mengucapkan terima kasih kepada Shuib yang telah menceriakan hari-hari kami setiap pagi dan semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.-Hot.FM

Aksi lucah, Shuib mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker