Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, Apa Nasib Peserta Program Gunting Rambut? Pandai Sangat…😑

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali telah disahkan positif Covid-19.

Netizen mengecam Suhaimi (dua kiri) yang gagal mematuhi SOP termasuk tidak mengenakan pelitup muka dengan betul dalam program bersama kira-kira 20 murid sekolah rendah, 10 Januari lalu.

Hal tersebut dimaklumkan Ghazali sendiri menerusi satu kenyataan dalam laman Facebook peribadinya kelmarin.



Bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang itu memberitahu dia telah menjalani ujian calitan kali kedua setelah menjalani kuarantin kendiri sejak 10 Januari lalu.

β€œSaya memohon seribu kemaafan atas segala kesulitan yang berlaku kepada masyarakat dan kontak rapat.

β€œSaya berdoa agar segala urusan perubatan saya dipermudahkan dan saya kembali sembuh,” katanya.

Walau bagaimanapun, Suhaimi dikesan menghadiri Program Gunting Rambut Percuma PN Zon Bagan Lalang pada 10 Januari lalu.

Program bersama kira-kira 20 kanak-kanak yang dikongsi menerusi Facebook PPBM – Bersatu Sepang itu menerima kecaman orang ramai apabila dilihat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).



Berkelah: Young Syefura, lima rakan hadir ke IPD Sepang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker