Dewan baharu PKRC2.0 dijangka beroperasi petang ini

 

KUALA LUMPUR: Dewan baharu di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang dijangka mula beroperasi petang ini.

Pengarah PKRC2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim, berkata persiapan akhir ketika ini giat dijalankan, sebelum lebih 600 pesakit wanita yang juga rakyat tempatan di dewan B, dipindahkan ke kemudahan baharu berkenaan.



Katanya, dewan baharu, D1 itu akan turut menempatkan pesakit kanak-kanak rakyat tempatan supaya mereka lebih selesa dan dapat bersama dengan ibu masing-masing.

“Kita sedang selesaikan sedikit persiapan, sebelum pindahkan pesakit wanita yang sebelum ini di dewan B ke D1.

“Ini bertujuan untuk memberi mereka lebih keselesaan ketika ditempatkan di PKRC, sekali gus berupaya membantu kadar penyembuhan terutama menerusi sokongan kesihatan mental.

“Pengurusan akan menjalankan kerja-kerja persiapan di dewan B bagi menempatkan pesakit lebih kritikal, iaitu kategori tiga dan empat,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.



Pembayaran bulan pertama i-Sinar RM10.07 bilion

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, kelmarin, dilaporkan berkata kapasiti PKRC2.0 akan ditingkatkan supaya dapat menampung 10,000 pesakit, berbanding 8,000 orang sebelum ini.

Penambahbaikan itu dibuat menerusi pembukaan sebuah lagi dewan, iaitu D1 yang sebelum ini menjadi sebuah universiti, khususnya bagi menampung seisi keluarga disahkan positif dan berada dalam kategori satu serta dua.



Dr Shahabuddin berkata 30 katil akan ditempatkan di ruang tengah dewan B, untuk kegunaan pesakit lebih kritikal, iaitu kategori tiga dan empat.

Beliau berkata, sebanyak 150 katil lagi akan disusun di sekeliling ruang dalam dewan B, bagi menempatkan pesakit ‘step down care’ atau penyusutan tahap penjagaan.

“‘Step down care’ ini membabitkan mereka yang sebelum ini kritikal, iaitu kategori tiga, empat dan lima tetapi didapati mula sembuh dan tahap kesihatan menjadi lebih baik.

“Maka, pesakit sedemikian akan diletakkan di dewan B, malah kemudahan lengkap dari segi peralatan dan tenaga pakar turut disediakan di sana,” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker