Ajal maut kita ditentukan Allah – Noor Hisham


Pada saat pandemik Covid-19 dalam negara semakin membimbangkan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus memberi semangat dan menitip pesan kepada petugas barisan hadapan.

Menerusi Facebook, Noor Hisham memberi pesan agar semua petugas hadapan memulakan kerja dengan menetapkan niat menjalankan khidmat kerana Allah agar semua beban dapat dipermudahkan.

“Saya menyeru kepada semua frontliners iaitu sebelum memulakan tugas kita seharian, pastikan kita pasangkan niat dan nawaitu kita berkhidmat kerana Allah SWT. InshaAllah akan dipermudahkan segala beban kerja dan selepas kita berusaha bersungguh-sungguh marilah kita bertawakkal kembali kepada Allah SWT. Ajal maut kita ditentukan oleh Allah SWT,” tulisnya.

Beliau turut memetik sepotong ayat al-Quran bermaksud setiap yang bernyawa pasti akan mati dan potongan ayat Al-Baqarah membawa erti ‘sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali’.

Hantaran Noor Hisham itu mendapat pelbagai reaksi yang turut mendoakan kekuatan barisan hadapan menghadapi situasi pandemik kali ini.

Peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini dilihat naik mendadak sehingga mencecah 4,029 pada 17 Januari yang lalu.

Kini kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Baru-baru ini turut dilaksanakan PKP di Kelantan dan Sibu, Sarawak. MG

Hisap vape di Parlimen, Hisham bayar kompaun RM250

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker