Saat Terakhir Bersama-sama Disahkan Positif COVID-19 & Diperingkat ‘Akhir’, Pasangan Ini Dibenarkan Bertemu Untuk Ucap ‘Selamat Tinggal’

Detik menyentuh hati apabila pasangan tua ini meluangkan masa terakhir bersama. Dengan berpegangan tangan di atas katil yang dipenuhi wayar, pasangan tua ini mengucapkan ‘selamat tinggal’ terakhir selepas mereka dirawat akibat jangkitan Covid-19.

Gerry Jarrett, 79, dan isterinya Barbara, 76, berada di wad berasingan di Frimley Park Hospital, Surrey, sejak mereka disahkan positif dijangkiti virus itu dua minggu yang lalu.

Ketika keadaan isteri Jarrett semakin merosot, pihak hospital telah membenarkan pasangan itu untuk menghabiskan masa yang berharga bersama kerana sudah berada pada saat-saat terakhir.

Gambar : Dailymail

Menggambarkan detik menyentuh hati itu, anak perempuan mereka Chloe Keljarrett memberitahu pihak BBC:  “Ayah dibawa masuk ke dalam wad, dia menangis, ayah menyentuh tangan ibu dan mata ibu terbuka. ibu terjaga dan mereka bercakap dengan perlahan.”

Keljarrett mengatakan bahawa ibu bapanya telah bersama selama 50 tahun dan dia berterima kasih kepada pihak hospital atas usaha ‘luar biasa’ mereka untuk membolehkan ayahnya berkongsi lebih banyak detik dengan isterinya.

Dia berkata:  “Di tengah-tengah puncak pandemik, kakitangan hospital memastikan ayah saya melihat ibu saya untuk kali terakhir.”

Dia menambah, bahawa ayahnya menunjukkan tanda peningkatan kesihatan tetapi mempunyai cara yang sukar untuk kekal sembuh.

Dia berkata: “Dia mempunyai sejumlah masalah kesihatan lain yang akan membuat pemulihan agak sukar, tetapi saya harus tetap positif bahawa dia akan mengatasi virus yang mengerikan ini”-SiakapKeli

Sumber : Dailymail

“Hal Hantaran Mak Ayah Tentukan” Selamba Sumandak Keningau Kutip Kelapa Sawit…Graduan Kolej Tidak Buang Masa,Tak Hirau Buat Kerja Berat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker