Kapal British Lama Dipercayai Tahun 1800-an Ditemui Di Sungai Lipis

LIPIS: Seorang wanita penduduk Kampung Pagar, Batu 6, Penjom terkejut setelah dipercayai menemui sebuah kapal lama yang terdampar di tepi Sungai Lipis berdekatan dengan Jambatan Gantung Sungai Kampung Pagar Penjom, pada jam 5.00 petang semalam, di sini

SEBAHAGIAN RANGKA KAPAL DITEMUI DI SUNGAI LIPIS SELEPAS BENCANA BANJIR MELANDA DAERAH ITU BARU-BARU INI/GAMBAR IHSAN FACEBOOK AZMI NASIR

Wanita itu, Sharimah Mohd Nor, berusia 50 tahun, berkata apabila beliau menemui objek yang dipercayai rangka sebuah kapal terus memaklumkan penemuannya ke Balai Polis Penjom.

Ketua Polis Daerah Lipis,  Superintendan Azli Mohd Noor berkata, setelah menerima makluman tersebut, pihaknya dan anggota Balai Polis Penjom terus ke lokasi penemuan itu.

“Memang benar terdapat rangka sebuah kapal lama yang terdampar di tebing sungai Lipis selepas timbul akibat banjir besar yang telah melanda daerah Lipis baru-baru ini.

Badan kapal @ perahu besar relai pihak tidak bertanggungjawab mencuri logam berharga.

Sungai Lipis dan Sungai Jelai laluan penting ke Sungai Pahang yang menjadi ‘ lebuh raya ‘ ke Pekan
Oleh: Bicara Bicara Peluru Betunang Naga Tasik Chini
LIPIS 15 Jan. – Penduduk Kampung Pagar, Penjom Lipis terkejut apabila sebuah perahu besar terdampar di beting pasir Sungai Lipis selepas banjir surut pada 14 Januari lepas.
Penduduk kampung rata-rata percayai perahu besar berusia lebih 250 tahun ketika Pahang dibawah pemerintahan British dalam abad ke- 19.
Menurut beberapa penduduk tempatan ditemui memberitahu perahu sebesar itu digunakan syarikat perlombongan emas empangan Jaleh sebuah syarikat British memungguh bahan berharga untuk di hantar ke Pekan.
Perahu besar itu yang di percayai mengggunakan kuasa stim yang dikendalikan oleh kelasi bangsa Cina yang menggunakan Sungai Lipis, Sungai Jelai dan Sungai Pahang untuk urusan perniagaan.
Penduduk kampung Pagar, Penjom Afendi Kamaludin,43, berkata ketika air surut dia antara individu pertama dapat melihat bentuk perahu itu dalam keadaan senget di atas pasir.
‘ Keesokan harinya saya dapati bentuk.perahu telah dirombak bagi mendapatkan paku, tembaga, timah dan kayu merbau yang bernilai tinggi.
‘ Saya mendapat tahu mereka mengambil kayu untuk membuat kandang lembu manakala barangan berharga dipercayai dijual kepada pemilik barang terpakai, ‘ katanya kepada Bicara Naga Tasik hari ini.
Pada badan kapal itu tertera satu objek logam yang tertulis Vivian & Sons Sheating.
Sementara Siti Rokiah Hamzah kesal dengan dengan tindakan rakus yang pihak berkenaan yang merosakkan perahu itu untuk mengambil peralatan bernilai.
Beliau percaya bahawa sejarah perahu ini ada kaitan penempatan Melayu Penjom yang ketika itu ketua masyarakat sekitar tahun 1800-an Orang Kaya Haji Awang Perang susur galur keturunanannya.
Menurutnya, semasa kecil saya sering mendengar cerita kisah sebuah kapal British karam di Sungai Lipis dan menyangka ianya cerita dongeng tetapi hari ini ianya satu realiti.
‘ Saya berharap barangan yang dicuri dapat dikembalikan dan dikaji oleh pihak muzium untuk tujuan pendokumentasian generasi akan datang, ‘ katanya.
Penduduk asal Kampung Pagar Daud Ahmad 73, berkata, berdasarkan maklumat daripada datuknya Sungai Lipis sangat besar yang boleh dimudiki menggunakan perahu besar untuk aktiviti perdagangan emas, hasil hutan dan sebagainya.
Katanya, Lipis menjadi tumpuan pedagang Inggeris bagi mengaut kekayaan hasil bumi khususnya emas di daerah ini.
Sementara itu Pengerusi Persatuan Warisan Lipis Hashim Man,60, berkata, penemuan perahu besar @ kapal pedagang British di Sungai Lipis sangat mengujakan kerana dapat mengimbau sejarah gemilang Lipis dalam abad ke-19.
Beliau berharap pihak berkenaan mencamtumkan komponen yang diurai oleh pihak bertanggungjawab menjadi model kapal sebenar
ANTARA KEPINGAN LOGAM DITEMUI BERSAMA BANGKAI KAPAL BERKENAAN/GAMBAR IHSAN FACEBOOK AZMI NASIR

“Pada badan kapal tersebut tertulis pada sekeping logam yang bertulis ‘VIVIA AND SONS SHEATING’, namun terdapat beberapa bahagian badan kapal itu telah tiada,’ katanya.

Katanya, hasil temubual penduduk di situ, terdapat sekumpulan penduduk kampung yang telah mengambil bahagian tertentu kapal itu.

“Pihak polis telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Warisan Malaysia untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

SEBAHAGIAN RANGKA KAPAL DITEMUI DI SUNGAI LIPIS/GAMBAR IHSAN FACEBOOK AZMI NASIR

Katanya, menurut Cabutan Akta Warisan Kebangsaan, orang ramai yang menemui objek yang dipercayai  mempunyai warisan kebudayaan yang penting hendaklah dengan serta-merta memberitahu pihak berkuasa.

Azli berkata, kesalahan berkaitan dengan Objek Warisan, mana-mana pihak yang memusnahkan, merosakkan, mencacatkan, melupuskan atau mengubah sesuatu warisan kebudayaan ketara tanpa suatu permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa telah melakukan kesalahan.

ANTARA BAHAGIAN KAPAL YANG DITEMUI BERHAMPIRAN SUNGAI LIPIS/GAMBAR IHSAN FACEBOOK AZMI NASIR

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau keduanya sekali,” katanya.

Sumber: Facebook Azmi Nasir

Kredit: Sahih.com

Leave a Reply