Nikah tepi van jenazah

Surabaya: Pasangan pengantin membuat keputusan untuk bernikah di tepi van jenazah bapa pengantin perempuan yang disahkan meninggal dunia kerana Covid-19.

Kejadian di daerah Takeran di Jawa Timur ini menjadi tular selepas dikongsi seorang rakan pasangan itu.

Pasangan pengantin itu membuat keputusan untuk bernikah sebelum jenazah si bapa dikebumikan.

Menerusi video itu, abang kepada pengantin perempuan menikahkan adiknya sambil disaksikan saudara terdekat.

Jenazah bapanya kemudian dikebumikan sebaik selepas pernikahan, dengan mengikuti protokol pengebumian pesakit Covid-19.

Pemilik Facebook yang dikenali sebagai Abdul Azis berkata, pasangan itu membenarkan pernikahan mereka dirakam dan dikongsi di media sosial.

Sebelum pernikahan, solat jenazah bapanya itu diadakan di surau milik keluarga itu.

“Pernikahan dijalankan minggu lalu selepas bapa pengantin perempuan meninggal dunia kerana Covid-19,” katanya seperti dilaporkan Kompas.com.

Saudara terdekat yang turut hadir juga kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika pernikahan itu.

Video berdurasi 29 saat berkenan ternyata mengundang sebak warganet yang turut mendoakan pasangan itu dan orang tua mereka.

Jangan serbu pejabat agama untuk nikah, kata JAIS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker