Boleh buat gencatan politik, tak perlu darurat – Shafie


Kerajaan boleh sahaja berbincang dengan pembangkang supaya gencatan politik bukan mengisytiharkan darurat.

Itu pandangan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Undang-undang sedia ada cukup untuk berdepan dengan pandemik Covid-19. Jika ada keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengekallan pilihan raya negeri Sarawak atau pilihan raya kecil semasa pandemik, kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh berunding dengan pembangkang untuk mendapatkan dua pertiga majoriti,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Shafie, darurat perlu dihentikan agar demokrasi berparlimen dapat dikembalikan dalam masa terdekat melalui rundingan damai antara pemimpin politik bagi mengelakkan pilihan raya semasa pandemik.

“Darurat bukanlah pilihan tepat untuk mengawal penularan Covid-19 kerana Perintah Kawalan Pergerakan sudah ada dan dilaksanakan,” katanya lagi.

Lagi pun, dakwaan berlaku ancaman terhadap keselamatan ternyata tidak benar seperti sebelum ini.

Justeru, beliau mahu kerajaan minoriti yang ada sekarang membetulkan keadaan dan melakukan apa yang tepat demi negara. MG

Gencatan politik UMNO langkah terbaik untuk rakyat – Salleh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker