Meja ucapan Pelosi dicuri dipulangkan ke lokasi asal
WASHINGTON – Meja ucapan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi dikembalikan ke lokasi asal di bangunan Capitol kelmarin, seminggu selepas perabot itu dicuri ketika insiden serangan dan pencerobohan ganas oleh penyokong Donald Trump.
Foto seorang lelaki dalam keadaan tersenyum, melambai dan memakai topi Trump sambil membawa perabot berkenaan semasa dia berlegar-legar di dalam bangunan Capitol di Washington 1menjadi antara imej popular pada hari kejadian.
Lelaki itu dikenal pasti sebagai Adam Johnson, penduduk di Florida dan telah didakwa atas kesalahan pencerobohan, melakukan keganasan dan kecurian walaupun meja ucapan itu ditemui ditinggalkan di satu laluan koridor.
Meja kayu berkenaan menarik tumpuan sekali lagi pada petang kelmarin selepas perabot itu digunakan pada satu majlis Dewan Perwakilan, lapor agensi berita CNN. – AFP
Trump akhirnya pakai pelitup muka
You must be logged in to post a comment.