Covid-19 : 3337 kes baru hari ini dengan 15 kematian
Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan rekod baru jangkitan harian Covid-19 iaitu 3,337 kes dalam tempoh 24 jam lalu, memadamkan rekod sebelum ini iaitu 3,309 kes dilaporkan pada 12 Jan.
Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 1,036 diikuti Johor dengan 460 kes, Sabah (389), Kuala Lumpur (257) dan Pulau Pinang (234).
Status terkini COVID-19 setakat 14 Januari 2021
Jumlah sembuh baru: 1,710 kes
Jumlah kumulatif sembuh: 113,288 kes (76.6%)
Jumlah kes baru: 3,337 kes
Jumlah kes kumulatif: 147,855 kes
Jumlah kes aktif: 33,989 kes
Kes tempatan: 3,330 kes (2,142 WN, 1,188 BWN)
Kes import: 7 kes
Jumlah kematian baru: 15 kes (13 WN, 2 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 578 kes (0.39%)
Jumlah kes di ICU: 195 kes
Pesakit intubated: 86 kes
BERITA LANJUT MENYUSUL