“AKU INI LELAKI PUNYAI KEMALUAN WANITA, PAKAI BAJU SOPAN…” – SAJAT ALAMI DEPRESI

“Menunggu masa… Aku ini lelaki yang mempunyai kemaluan wanita. Aku pakai baju sopan dalam agamaku, buat sedekah dikatakan perbuatan haram. Haram dalam semua yang aku lakukan dalam lima tahun aku dalam perniagaan.

“Amalan kebaikan sia-sia sahaja sebab Sajat id lelaki! Wahai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman walaupun kau tu id lelaki, tetapi anggota badan wanita… tetapi kau tetap lelaki! Lelaki berdasarkan id! Cara hidup kau semua adalah wanita!

“Segala amalan kau di dalam agama adalah haram. Perbuatan di dalam mempersendakan agama,” demikianlah kata usahawan kosmetik, Nur Sajat yang tampil meluahkan rasa, selepas dilihat seolah-olah tertekan terhadap apa yang berlaku melibatkan dirinya baru-baru ini.

Sajat ada berkongsi kekeliruannya di dalam melakukan amal kerana status diri selain mendedahkan dia kini mejalani rutin sebagai wanita meski dalam id (kad pengenalannya) ialah lelaki.

Klik untuk gambar besar

Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya @nursajat yang kini dalam mood privasi dan juga telah disekat akses komen, Sajat turut berkongsi dirinya pernah bertanya mengenai ibadat solat yang dilakukan kepada seorang Ustaz.

“Aku ada bertanya pada Ustaz, aku nak solat, aku tengok bangsa lain macam aku, mereka still sembahyang pada tuhan mereka. Berdasarkan kepercayaan masing-masing.

“Aku dah perempuan, kemaluanku, tubuhku, cara hidupku semua perempuan. Aku nak solat. Aku tak selesa solat dalam keadaan lelaki. Aku selesa solat cara wanita. Adakah solat aku sah dalam agama?

“Segala bacaan semuanya lengkap, kiblat semua sempurna. Aku manusia tidak sempurna. Aku cacat pemikiran, cacat jiwa, cacat naluri. Aku cuba kawal, cuba berubah tetapi cacat ini terus kekal! Rupanya cacat dalam lagi kuat tamparannya.

“Adakah solat aku tu sah? Ustaz tu kata, Sajat, Islam itu indah. Sesungguhnya bersolatlah cara selesa yang kamu rasa bagus untuk diri awak. Perlahan-lahan kenali Allah. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bila Ustaz kata macam itu, hatiku kuat dengan agamaku,” tulisnya lagi.

Dalam entri tersebut, Sajat pada masa sama menjelaskan, segala kebajikan yang cuba dilakukan adalah sebagai tanda sayangnya dia pada agama. Namun dakwa Sajat, keadaan sebaliknya pula yang berlaku ketika ini.

Image_4.jpg

Ahli perniagaan yang pernah muncul menerusi single ‘Makhluk Penggoda’ ini menerusi Insta Stories juga turut ada memuat naik beberapa reaksi netizen selain perasaan yang dirasakannya.

Terdahulu, Sajat turut menimbulkan kontroversi apabila berpakaian wanita ketika melakukan ibadah umrah di Makkah. Dalam pada itu Islam melarang mana-mana kaum yang dilahirkan sebagai lelaki berubah menjadi wanita dan begitulah sebaliknya bagi perempuan menjadi lelaki.

Larangan itu disebut dalam sebuah hadis Rasulullah yang Sabda Baginda: Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki. – [HR Bukhari 5435]. Bagaimanapun Allah tetap mengampun umatnya yang bertaubat atas segala kesilapan dilakukan.

Ia disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW bersabda yang maksudnya; Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat, nescaya Allah SWT menerima taubatnya.

 

JAWAB DAKWAAN – JAIS SAH SIASAT SAJAT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker