Sekolah negeri PKPB, PKPP buka 20 Januari
Sesi pembelajaran di sekolah-sekolah negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan berjalan seperti biasa pada 20 Januari ini.
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Radzi Jidin berkata, sesi pembelajaran secara bersemuka itu akan melibatkan semua murid prasekolah dan Tahun 1 hingga 6 di negeri PKPB dan PKPP.
“Selain itu, pelajar Tingkatan 1 dan 4 serta Tingkatan 5 (2020,2021) dan Tingkatan 6 (2020,2021) di negeri PKPB dan PKPP juga akan hadir ke sekolah untuk pembelajaran secara bersemuka.
“Pun begitu, pelajar Tingkatan 2 dan 3 di negeri terbabit akan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga 8 Mac sebelum secara bersemuka,” katanya menerusi sidang akhbar khas Kementerian Pendidikan di sini tadi