Darurat : Ini kata Muhyiddin
PM jamin darurat bukan rampasan kuasa, tidak ada perintah berkurung
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini menjelaskan proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera, dan perintah berkurung tidak akan dilaksanakan.
Muhyiddin berkata, sepanjang tempoh ini pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri akan terus berfungsi seperti biasa.
Muhyiddin turut memaklumkan, sepanjang tempoh darurat ini dilaksanakan, persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan dilaksanakan.
Sepanjang tempoh ini juga, pilihan raya umum, pilihan raya kecil, dan pilihan raya negeri tidak akan dilaksanakan. FMT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara berkenaan pada kenyataan hari ini.
“Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan,” kata Istana Negara.
Berita lanjut menyusul