Kabinet goreng pisang


Ada yang mentafsir goreng pisang secara negatif.

Kalau ikut tafsiran negatif, apakah jamaah kabinet hari ini adalah “kabinet goreng pisang”? Kerana

1. Ekonomi negara semakin teruk. Menteri Kewangan pun cakap bohong kononnya kemasukan pelaburan asing 2020 lebih RM100 bilion. Cuba namakan.

2. Ada pelabur asing yang pindah operasi mereka ke negara jiran. Tahun ini Hyundai akan pindah HQ Asia Pasifik dari KL ke Indonesia. Bertambahlah penganggur di Malaysia.

3. Indonesia terima pelaburan dari Hyundai (RM4.02B). Toyota (RM8.04B).Syarikat bateri CATL (RM20.09B) dan LG Chem (RM39.37B). Amazon (RM10B).

4. Keraaan PN pula meneruskan dasar PH jual aset. Sejak Mac 2020 hampir RM8B aset Khazanah telah dijual.

5. Rakyat semakin susah. Kerajaan menolak monatorium automatik dan pengeluaran one off RM10K dari akaun 1.

6. Tidak ada konsensus dalam memutuskan dasar negara seperti pembatalan HSR. Sedangkan seminggu sebelum itu Majlis Presiden Kerajaan PN ditubuhkan.

Justeru perlu ada kerajaan yang lebih stabil dan bukannya majoriti lemah. Sebab itu amat wajar sokongan kepada Kerajaan PN ditarik balik. Duduk di situ pun tidak boleh buat apa.

Mana yang melobi jadi KP J-KOM (Jabatan Komunikasi Komuniti-ganti JASA) macam Tun Faisal bolehlah jalan terus.

Puad Zarkashi

Khairy: Kenyataan Ahmad Maslan, Umno tolak PPBM kerana kes mahkamah ‘pemikiran tahap goreng pisang’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker