Covid-19 : 2433 kes baru hari ini dengan 9 kematian


Pada hari ini, 10 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 2,433 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 135,992 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 27,332 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,426 kes.

Bagi kes penularan di dalam negara, 1,784 kes adalah warganegara Malaysia dan 642 kes adalah bukan warganegara.



Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 730 kes (30.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 510 kes (69.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 403 kes (16.6 peratus) dan Johor sebanyak 321 kes (13.2 peratus).

Sebanyak 86 kes (3.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (79 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), dan Kluster Tembok Choh (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 171 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.



Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan sembilan (9) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 551 kes (0.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Status Terkini #COVID19, 10 Januari 2021
Kes sembuh=1,277
Jumlah kes sembuh=108,109 kes
Kes baharu positif=2,433 kes (2,426 tempatan, 7 import)
Jumlah positif=135,992
Kes kematian=9
Jumlah kes kematian=551 kes
Kes dirawat di ICU=171 kes
Bantuan Alat Pernafasan=76 kes



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker