Pemimpin PAS bermesyuarat bincang kemelut Umno-Bersatu

Terkini di My KMU !!!!---->


Kepemimpinan PAS hari ini bermesyuarat bagi membincangkan situasi politik semasa negara khususnya membabitkan hubungan Umno dengan Bersatu.

Pemimpin utama PAS tiba di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan mesyuarat bermula jam 10 pagi ini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Bagaimana pun Ahli Jawatankuasa PAS pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dilihat meninggalkan ibu pejabat parti itu jam 10.30 pagi.

Kelmarin Bendahari PAS Pusat, Iskandar Abd Samad parti itu akan membincangkan ketetapan yang diambil Umno berkenaan usul memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam PRU15, hari ini.

Semalam pemimpin veteran PAS, Dr Mahfodz Mohammed, berkata parti itu akan terus berusaha agar sekutunya, Umno dapat menerima hakikat betapa perlunya mereka terus kekal dalam satu gabungan.

Mahfodz berkata suka atau tidak, ketiga-tiga parti Melayu-Islam di negara ini perlu kekal bersama bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar. SM

Leave a Reply