Gerakan Baru perlu diwujudkan berganjak menentang politik peribadi Mahathir-Anwar

Politik Malaysia perlu berganjak daripada politik peribadi melibatkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, kata Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Justeru katanya, “gerakan baru” perlu diwujudkan bagi menentang orang lama dan golongan elit dalam parti-parti politik.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata demikian dalam program ‘Regional Outloook Forum 2021’ anjuran Institut Kaji Selidik Asia Tenggara (ISEAS), hari ini.

Dalam ucapannya, Shafie mengimbas semula peristiwa Langkah Sheraton pada 23 Feb 2019 yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Antara lain dia berkata pertembungan antara Mahathir dan Anwar merupakan sebab berlakunya rampasan kuasa ketika itu.

Katanya, beberapa percubaan memulihkan hubungan tersebut kemudiannya juga tidak membuahkan hasil.

“Kita perlu berganjak di luar politik peribadi antara Dr Mahathir dan Anwar.

“Kita perlu menggerakkan satu gerakan melibatkan semua rakyat Malaysia menentang orang lama dan golongan elit yang menguasai parti-parti politik untuk memberikan ruang kepada sesiapa sahaja bersuara serta mengembangkan potensi masing-masing,” kata Shafie.

Pemimpin DAP desak Mahathir-Anwar berbaik semula untuk tawan balik Putrajaya

Langkah Sheration bermula apabila presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi pilihan raya umum pada 2018. Bersama

Bersama Azmin Ali dari PKR, Muhyiddin dan penyokong mereka bekerjasama dengan Umno dan PAS, bagi menghalang peralihan kuasa diserahkan kepada Anwar.

Kerjasama Bersatu bersama Umno bagaimanapun tidak disenangi Mahathir, memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Muhyiddin kemudian dilantik menggantikan Mahathir dan membentuk gabungan baru dinamakan Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu, Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Kata Shafie, pakatan Bersatu-PAS-Umno secara asasnya tidak kukuh apabila ketiga-tiga parti berkenaan berlawan sesama sendiri dalam pertembungan tiga penjuru pada PRU 2018.

Tambahnya, dominasi golongan elit terutama dalam parti-parti Melayu meninggalkan ruang yang besar dalam politik Malaysia.

‘Pi baliklah’, Dr Mahathir sindir sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ Anwar

“Retorik perpaduan Melayu telah terbukti hanya janji palsu. Umno, Bersatu dan PAS telah gagal membentuk kerajaan yang kukuh. Orang Melayu sendiri menderita apabila golongan Melayu elit dan berkuasa mensasarkan rakyat Melayu biasa kepada satu hala tuju sahaja sedangkan mereka tidak mengamalkannya.

“Meskipun Muhyiddin pernah berharap memanfaatkan populariti awal yang diterimanya dengan mengumumkan pilihan raya umum seawal Jun 2020, tanpa menyelesaikan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti, Bersatu tetap akan menjadi parti yang paling rugi,” kata Shafie.

Katanya, Muhyiddin kini mempunyai dua pilihan iaitu mewujudkan ‘gencatan senjata’ bersama Umno dan pihak pembangkang atau mengumumkan pilihan raya serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak antara Jun dan Ogos.

“Ekonomi Malaysia telah terbantut sejak krisis kewangan 1998, kerana dihalang oleh politik kotor malah lebih teruk apabila institusi dalam negara kini tergugat.

“Naratif baharu Malaysia diperlukan dalam tiga tiang utama negara iaitu politik, ekonomi dan sosial – daripada pemerintahan dan akauntabiliti, pendidikan, teknologi, kesihatan dan mobiliti sosial.

“Tiada ruang untuk politik agama dan perkauman – Unity perlu menjadi asas kepada reformasi yang perlu dilaksanakan melalui demokrasi – yang perlu diwakili semua pihak bertanggungjawab – tua dan muda, bandar dan luar bandar, liberal dan konservatif, dengan sistem pentadbiran berasaskan nilai yang melangkaui agama dan bangsa,” katanya

Saya tiada kepentingan peribadi untuk jawatan PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker