Khairy: Kenyataan Ahmad Maslan, Umno tolak PPBM kerana kes mahkamah ‘pemikiran tahap goreng pisang’


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, membidas kalangan pemimpin dan akar umbi Umno yang mahu pilihan raya umum (PRU) kilat diadakan, mengatakan sekarang bukan masanya, kerana pandemik Covid-19.

Beliau turut menyifatkan sebagai ‘pemikiran tahap goreng pisang,” kenyataan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, bahawa parti itu tidak menyokong PPBM kerana Perikatan Nasional (PN) tidak sanggup menggugurkan beberapa kes.

“Ini bukan alasan yang berkualiti,” kata Khairy tanpa mengulas lanjut.

Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan perhimpunan agung pada 31 Januari untuk memutuskan sokongannya terhadap PPBM.

Sebarang keputusan Umno menarik balik sokongan untuk PPBM dan kerajaan PN pimpinan Muhyddin Yassin, akan mencetuskan kemungkinan PRU diadakan.

“Ada segelintir ahli politik yang masih lagi mendesak diadakan pilihan raya. Saya rasa ini pendirian yang tidak bertanggungjawab,” kata Khairy yang juga menteri sains, teknologi, dan inovasi.

Khairy berkata sebarang keputusan mengadakan PRU dalam keadaan wabak Covid-19 masih serius akan membawa risiko tinggi terhadap kesihatan awam, sekali gus, menjejaskan reputasi Umno.

“Kita tak boleh buat perbandingan dengan New Zealand dan Singapura (yang mengadakan PRU), kerana skalanya lebih kecil daripada kita.

“Kedua, pematuhan SOP semasa pilihan raya negeri di Sabah jelas terbukti kita tak dapat mematuhi SOP terutamanya ahli politik,” katanya pada sidang media.

Khairy merujuk kepada pelbagai muatan facebook jelas memperlihatkan mereka yang bercakap nak adakan pilihan raya sendiri tidak memakai pelitup muka dan bersalaman dengan orang ramai. FMT

Jangan Ada Yang Cuba Lontar ‘Kulit Pisang’ Dalam UMNO Dan PAS (video)

Related Articles

One Comment

  1. Kalau KJ bercakap kurang lebih hero Tamil…isi tidak,auta kari lebih… macam insiden basikal dia langgar lubang jalan raya…pak menteri kuat wayang… rakyat dah lama tau tapi pak menteri buat apa…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker