Kerajaan PN paling tidak stabil dalam sejarah: Dr Mahathir

Hanya miliki majoriti tiga kerusi dalam Dewan Rakyat

BANGI, 23 Jamadilawal 1442H, Khamis – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan paling tidak stabil dalam sejarah Malaysia.

Ini kerana katanya, kerajaan PN hanya memiliki majoriti tiga kerusi sahaja dalam Dewan Rakyat.

“Kalau dua orang (ahli Parlimen) sahaja lompat masuk Pakatan Harapan (PH) saya ingat kerajaan PN akan jatuh.

“Ini menyebabkan kerajaan tidak boleh tumpu kepada pemerintahan sebaliknya sepanjang masa guna (kekuatan) untuk pertahan diri supaya tidak jatuh,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Terdahulu, dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengkritik sistem keadilan yang diamalkan kerajaan PN ketika ini kerana didakwa bersifat ‘double standard’.

Katanya, perkara itu terbukti apabila PN dapat didaftarkan hanya dalam tempoh tujuh hari berbeza dengan Pejuang yang masih belum diluluskan walaupun telah lama membuat permohonan.

“Sebenarnya PN berlagak sebagai kerajaan tanpa pendaftaran sebab tidak ada tindakan dikenakan (kepada mereka).

“Tetapi bila kami cuba bergerak sebagai Pejuang tanpa pendaftaran, maka mereka nak ambil tindakan undang-undang. Inilah keadilan kerajaan Muhyiddin Yassin,” katanya.

Related Articles

One Comment

  1. Hanya pemimpin2 kemaruk kuasa kerana terlepas peluang menjarah kekayaan negara menganggap kerajaan PN hari ini tidak stabil. Rakyat majoritinya berasa inilah waktunya mereka berasa selesa dan selamat setelah bertahun2 mengalami truma bermula dengan kamu Mahathir menjadi PM !! Hari ini walaupun dalam keadaan sukar dari segi keselamatan diri dan sara hidup, rakyat tidak resah kerana tahu karajaan PN sentiasa menghulurkan berbagai bantuan untuk merengankan beban hidup dan keselamatan mereka dari covid-19 dan banjir. Setelah berpuluh tahun rakyat dipermainkan oleh kerajaan BN dan PH, hanya sekarang rakyat jelas akan kesungguhan kerajaan PN membantu. Cuma yang rakyat jelik dan meluat ialah perangai pemimpin2 politik yang bermasaalah cuba membuat huru hara kerana mahu melepaskan diri daripada hukuman atas berpuluh kesalahan yang mereka lakukan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker