Politik Tidak Stabil, Dasar Kerajaan Pula Ke Laut
Hyundai keluar dari Malaysia bukan sebab Covid. Dan bukan juga semata-mata sebab ketidakstabilan politik.
Hyundai keluar kerana dasar. Dasar Jokowi adalah mengutamakan teknologi hijau termasuk penggunaan kereta elektrik. Jokowi sasar penggunaan EV (kenderaan elektrik) buatan tempatan di jalan raya Indonesia adalah sebanyak 20% atau 2.5 juta buah dalam tempoh 5 tahun.
Bila ada komitmen sebegini dan pasaran pula luas, maka pelabur akan masuk. Dasar ini akan bagi impak kepada sistem aliran kewangan sedia ada terutama pembiayaan perbankan bagi kenderaan dan charging stations.
Jokowi pula perkasakan dasarnya melalui 100% tax holiday bagi cukai pendapatan korporat dengan tambahan 2 tahun diskaun 50% apabila tempoh tax holiday tamat.
Sebab itu pelabur berlumba-lumba ke Indonesia.
Setakat ini komitmen pelaburan Hyundai adalah sebanyak USD1.5bilion bagi tempoh 10 tahun.
Tapi sebenarnya bukan Hyundai saja, banyak lagi pembuat kereta yang lain yang sudahpun bagi akujanji.
Antaranya Toyota (USD 2bilion) dan Tesla. Dan beberapa lagi pembuat kereta lain yang masih dalam rundingan dalaman.
Itulah fungsi kerajaan. Membuat dasar. Kalau kerajaan stabil tapi dasar tidak ada, tak guna juga.
Macam kerajaan kita hari ini. Apa dasarnya? Yang ada adalah meneruskan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).
Tapi WKB 2030 ini dah terbukti tak berkesan pada zaman PH. Kenapa nak diteruskan lagi? Sudahlah ada ‘touch’ DAP di dalamnya. Kata benci DAP?
Mana dasar ekonomi kerajaan hari ini? Dahulu kita ada Blue Ocean Strategy, ada Dasar Transformasi Komuniti, ada Model Ekonomi Baru. Anda menyampah mana pun dengan kerajaan lama, kejayaan dan kemakmuran itu benar-benar kita semua rasa.
Kerajaan hari ini perlu ada legasi ekonomi sendiri. Legasi ini akan menunjukkan originaliti dan wawasan kerajaan. Tanpa perkara ini, pelabur sukar nak buat keputusan.
Jemin tu buat kerja apa sebenarnya?
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu
You must be logged in to post a comment.